Sunday, 31 May 2015

Novel Benci ke Sayang? 1

BAB 1
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2714&idc=24458

 DATIN KATRINA yang baru sahaja melangkah keluar dari dapur segera berjalan menuju ke arah meja makan. Lalu, wanita itu melabuhkan duduk di atas bangku. Ringan tangannya menceduk mi goreng ke dalam pinggan suaminya, Datuk Harris.

            Datuk Harris hanya memerhati tingkah lalu isteri yang sudah dinikahinya 20 tahun yang lalu. Pinggan yang dihulurkan isterinya segera disambut. “Terima kasih, Katrina,” ucapnya sambil tersenyum kecil.


          Datin Katrina mengukirkan senyuman. “Sama-sama kasih, bang,” jawabnya ringkas.


         Datuk Harris meletakkan pinggannya ke atas meja. Lalu, bola matanya terarah ke arah Datin Katrina. “Katrina, anak manja awak tu dah bangun? Ke… masih membungkam lagi atas katil kesayangannya itu?” soalnya ingin tahu.


Datin Katrina melepaskan keluhan kecil. “Kena simbah dengan air sejuk, baru nak bangun. Kalau tak, sampai ke petanglah membungkus dengan kain selimut dia tu. Jenuh jugalah saya membebel kat dia. Tak pasal-pasal dia kena tazkirah pagi,” balasnya geram.

          Datuk Harris menggeleng apabila mendengar jawapan isterinya. “Apalah nak jadi dengan anak kita tu, Katrina? Umur dah 21 tahun, tapi perangai masih lagi keanak-anakan. Pening kepala saya dibuatnya,” balasnya geram.


         Sekali lagi Datin Katrina mengeluh kecil. “Entahlah bang, saya sendiri pun tak faham. Dah berbuih mulut saya nasihatkan dia. Tapi, macam tulah juga perangainya. Saya tak tahulah bila dia nak berubah, bang,” balas Datin Katrina lagi.


Sejenak mereka terdiam, menikmati hidangan masing-masing.
 

    “Hah Katrina, awak ingat lagi tak Dr. Qasyiful Hakim?” soal Datuk Harris sambil memandang wajah Datin Katrina. Bibirnya terukir senyuman penuh makna. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain di benak fikirannya.

       Datin Katrina mengukir senyuman. Wanita itu mengangguk sebagai jawapan. “Masakan saya tak ingat dia, bang. Doktor peribadi kita yang baik hati, kacak pula tu. Sejuk hati saya tengok cara dia bekerja. Penuh berkarisma,” balasnya bersungguh-sungguh.
 

      Terbayang wajah kacak Dr. Qasyiful yang sangat beretika ketika menjalankan tugasnya merawat setiap pesakit. Pemuda kacak itu sangat berhemah, malah berhati-hati ketika melaksanakan tugas yang tergalas di bahunya. Beruntung kalau dapat bermenantukan lelaki kacak itu.

Datuk Harris tersenyum penuh makna. Spontan, perbualannya bersama Dr. Qasyiful tempoh hari menerjah ke layar ingatannya.



------


SEDANG Dr. Qasyiful membelek-belek fail pesakitnya yang tertulis nama Lizawati binti Nordin itu, tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar.
 

      Dr. Qasyiful tersentak. Spontan, dahinya berkerut seribu. “Siapa pula yang datang ni?” tanyanya hairan. Lalu, ringan mulutnya menyebut perkataan ‘masuk.

      Pintu biliknya terkuak dari luar. Tersembul muka Datuk Harris di muka pintu. “Assalamualaikum, Qasy,” sapanya lembut. Bibirnya tergaris senyuman lebar.


         Dr. Qasyiful terkejut apabila melihat kedatangan Datuk Harris ke kliniknya. Aik, tiba-tiba aje datang ni. Hah, ada apa-apa ke ni? desisnya di dalam hati.


         “Waalaikumussalam… Eh, uncle? Err… masuklah!” ajak Dr. Qasyiful ramah. Segaris senyuman kelihatan terukir di bibir lelaki kacak itu.
 

         Datuk Harris melangkah masuk ke dalam bilik Dr. Qasyiful. Lalu, lelaki itu melabuhkan duduknya di atas sofa. Dr. Qasyiful bangun dari bangku kerjanya lalu berjalan ke arah sofa. Seraya itu, dia melabuhkan duduk di hadapan. Datuk Harris. Dia memandang wajah Datuk Harris. “Uncle datang ke klinik saya ni, mesti ada apa-apa, kan?” tekanya. Bibirnya masih lagi terukir senyuman kecil.

        Datuk Harris tergelak kecil. “Doktor ni… macam tau-tau aje, kan? Doktor memang pandai meneka apa yang sedang bermain dalam fikiran uncle,” balas Datuk Harris beria-ia. Dr. Qasyiful tersenyum kecil. “Saya dah lama berkhidmat dengan keluarga uncle. Saya dah masak dengan keluarga uncle. Jadi, mestilah saya dapat meneka apa yang sedang bersarang dalam kepala uncle,” balasnya selamba.
 

         Sekali lagi Datuk Harris tergelak kecil. “Doktor ni memang pandai membaca isi hati saya, ya,” pujinya bersungguh-sungguh. “Sebenarnya, tujuan uncle ke sini bersebab, doktor.” balasnya. Siap tersenyum penuh makna lagi.

        Dahi Dr. Qasyiful berkerut seribu. “Tujuan apa, uncle?”
tanyanya ingin tahu. Semacam aje dia ni. Siap tersenyum
penuh makna lagi. Sahlah, mesti ada sesuatu. Tapi, apa dia,
ya? Terdetik di hatinya rasa ingin tahu.
 

        Datuk Harris masih lagi tersenyum penuh makna. “Sebenarnya doktor, uncle ada hajat. Uncle harap, doktor boleh tunaikan hajat uncle,” balasnya bersungguh-sungguh. Raut wajahnya kelihatan penuh mengharap.

           Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. Memek muka hairan terlukis di wajah lelaki kacak itu. “Hajat? Hajat apa, uncle?” soalnya. Dah macam dalam cerita zaman Melayu klasik pula. Kedatangan hamba ke sini ada hajat. Diharapkan supaya tuanku dapat memenuhi hajat hamba. Ha ha ha…
 

          Datuk Harris mengukir senyuman penuh makna. “Uncle nak meminang kamu untuk jadi suami pada anak uncle, Erena Amani,” balasnya bersungguh-sungguh. Siap menayang muka serius lagi.

          Dr. Qasyiful tayang muka terkejut. “Apa?”


----------


“ABANG?” Tiba-tiba kedengaran suara Datin Katrina menegur Datuk Harris lembut. Diiringi dengan seribu kerutan yang terlukis di dahi wanita cantik itu.
 

         Datuk Harris tersentak. Serta-merta, lamunannya terbang menghilang. “Hah?” balasnya, terpinga-pinga memandang Datin Katrina.

         Berkerut dahi Datin Katrina. “Amboi… bang, jauh benar menungnya. Apa yang abang tengah fikirkan tu?” tanyanya ingin tahu. Bibirnya terukir senyuman nipis.
 

        Datuk Harris mengukir senyum. “Tak ada apa-apalah, Katrina,” balasnya lembut.
 

         Datin Katrina seakan baru teringatkan sesuatu. “Tadi awak ada sebut nama Dr. Qasyiful. Kenapa dengan dia, bang?” tanyanya ingin tahu.

        Datuk Harris tersenyum penuh makna. Raut wajahnya juga kelihatan serius bagai nak rak. “Sebenarnya, saya nak jodohkan Rena dengan dia,” balasnya tegas dan serius.
 

         Erena yang baru sahaja tiba di ruang makan terkejut biawak apabila mendengar kata-kata papanya. Matanya membulat, mulutnya ternganga luas. “Apa, kahwin?” jeritnya sambil menayang muka terkejut.

Novel Benci ke Sayang? PROLOG

NOVEL BENCI KE SAYANG?
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2714&idc=24458

"ERENA AMANI!” jerit Datin Katrina dari luar pintu bilik.

          Suara wanita itu kedengaran nyaring. Bertubi-tubi wanita itu mengetuk pintu bilik Erena. Bagai hendak pecah dikerjakan pintu itu, namun masih tiada tanda-tanda gadis itu akan menyahut panggilannya. Budak nilah… takkanlah dah pekak kot? Telinga dia bersumbat dengan earphone ke? Seronok sangat dengar lagu Korealah tu. Huhh! Geramnya dia!

           Datin Katrina bercekak pinggang. Wajahnya merah menyala, umpama ditenyeh dengan cili merah. Kalau letak bom di sebelahnya pun, mesti dia tidak akan sedar. Entah-entah, siap berpeluk sakan dengan bom. Agaknya kalau bom meletup pun, anak gadisnya itu masih lagi membungkus bak London Swissroll dengan kain selimutnya.
        
         Mengenangkan sikap Erena yang saban hari semakin teruk itu, membuatkan kepala Datin Katrina berputar 360 darjah celcius. Sakit kepalanya melayan karenah anak gadis tunggalnya yang manja dan bersikap seakan kebudakbudakan itu.

          Datin Katrina melepaskan keluhan panjang. Dia menggeleng. “Subhanallah… budak ni, matahari dah meninggi pun masih tak reti nak bangun-bangun lagi? Takkanlah nak tunggu bulan terpacak kat atas kepala, baru nak bangun? Hisy!” bebel Datin Katrina panjang lebar.

          Lantas, tombol pintu bilik Erena dipulas. Alangkah terkejut badaknya Datin Katrina apabila melihat ‘pemandangan indah’ di dalam bilik Erena.

          Dia mendengus keras. “Ya ALLAH, bilik macam sarang tikus! Tak lama lagi, ada la ular sawa datang bertandang kat dalam bilik ni. Rena… Rena…” panggilnya geram.
 
            Datin Katrina menggeleng apabila melihat suasana di dalam bilik Erena yang bersepah macam sampah itu. Kain baju bersepah, macam setahun tidak berlipat. Dengan buku yang bertaburan di atas lantai, umpama daun kering yang berlonggok di atas jalan raya. Masya-ALLAH… perempuan apalah macam ni? Anak aku ke ni? Bebelnya di dalam hati.

            Sekali lagi Datin Katrina menggeleng apabila melihat Erena yang masih lagi membungkus dengan kain selimutnya di atas katil. Wanita itu menarik muka geram. “Masya-ALLAH… tak habis-habis dengan kain selimut dia tu. Hisy, dah macam hantu bungkus!” marahnya lagi.
 
        Lalu, wanita itu melabuhkan duduk di sebelah Erena. “Rena… Rena… bangun! Dah lambat ni. Kejap lagi kan kamu ada kelas. Nanti terlambat pula. Kamu juga yang susah,” kejut Datin Katrina sambil menggoyang tubuh Erena.

         Spontan Erena mengeliat lalu membuka sebelah matanya. Kemudian, gadis itu menutup matanya kembali. Dengan selamba badaknya, gadis itu menarik kain selimutnya hingga ke paras dada lalu memejamkan matanya semula.
 
         Mulut Datin Katrina ternganga luas. Lalu, wanita itu menarik muka geram. “Astaghfiurlah al-azim! Budak ni, boleh pula dia tidur lagi?” bebel Datin Katrina geram.

         Lantas wanita itu bangun lalu menarik selimut yang menutupi tubuh anak gadisnya, namun Erena tetap membungkam di atas katil. Langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk bangun dari katil kesayangannya itu.

       Datin Katrina mendengus geram. Dia bercekak pinggang. “Hisy, sleeping beauty ni… teruk bebenor perangainya. Tak boleh jadi ni. Makin menjadi-jadi kalau dibiarkan,” omel Datin Katrina lagi.

Datin Katrina terdiam seketika, memikirkan cara yang
paling sesuai untuk membuat Erena bangun dari katilnya.
Wanita itu mengetuk dagu. Hmm… macam mana nak buat,
ya? desis hatinya.

            Tiba-tiba, satu idea jahat menjengah ke kotak fikirannya. Spontan, bibirnya terukir senyuman penuh makna. He he he… siap kau, Erena Amani! Hatinya tergelak jahat.  

          Lalu, Datin Katrina melangkah masuk ke dalam bilik air. Dalam masa beberapa saat, dia keluar semula bersama sebaldi air sejuk. Wanita itu tersenyum jahat. Keningnya terjungkit sebelah.

        Dah besar panjang pun, mama kena mandikan, ya? Ala, bucuk-bucuk… Dengan selamba kataknya, dia menyimbah air sejuk itu ke tubuh Erena.

        Erena terkejut besar dengan tindakan mama. Apa lagi? Menggigil tubuh Erena dek siraman air sejuk itu. Spontan gadis itu menapak bangun. Tegak gadis itu berdiri, bak sedang menjalani latihan polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Datin Katrina mengukir senyum sinis. Padan muka! Baru reti nak bangun? Haa… nilah padahnya! Amekaw, rasakan penangan air sejuk! ejek hati Datin Katrina geram.

       Kening Datin Katrina terjungkit sebelah. Dia tersenyum mengejek. “Hah, boleh pun bangun? Ingatkan, nak bertapa lagi kat atas katil tu. Dah kena siram dengan air sejuk, baru nak bangun?” bebel Datin Katrina geram.

        Erena menarik muncung panjang. Lalu, gadis itu melabuhkan duduk di atas katil. “Hah, apa ni mama? Tengok, kan dah basah. Rena nak tidur kat mana nanti?” balas Erena sambil jari telunjuknya tertuju ke arah katilnya yang sudah basah lencun.

         Datin Katrina tergelak sinis. “Tak payah tidur sampai bila-bila, jadi robot! Matahari dah terpacak kat langit pun, tak reti-reti nak bangun? Apa nak jadi dengan kamu ni, Rena? Kamu tu perempuan. Kalau macam nilah gayanya, siapa nak beristerikan kamu?

          Bilik dah macam tong sampah! Kain baju merata-rata! Buku bersepah sana-sini, macam baru lepas kena rompak aje! Huhh, mama pun tak tahu nak cakap apa lagi. Cubalah berubah, Rena. Kamu bukan budak kecil lagi, dah besar panjang,” bebel Datin Katrina.

        Erena menarik muka cemberut. Lalu, gadis itu menjeling geram. Aduh, mama dah mula membebel. Kalau dah mula tu, sampai ke malamlah aku kena menadah telinga mendengar ceramah mama. Huhh, tidak!!! bentak Erena dalam hati. “Ala mama, Renakan budak lagi. Kalau dah namanya budak, mana reti nak kemas bilik,” balas Rena tidak mahu mengalah. Siap menayang sengihan lebar lagi.

      Datin Katrina membuntangkan matanya. Siap bercekak pinggang lagi. “Kamu bukan budak lagi, Rena. Kamu dah boleh jadi mak budak,” balas Datin Katrina geram.

          Bulat mata Erena apabila mendengar kata-kata itu. Lalu, gadis itu menarik muka cemberut. “Mama, Rena muda trang tang tang lagilah! Belum sampai masanya nak jadi mak budak tau,” balasnya spontan. Apalah mama aku ni? Ke situ pula. Tak naklah aku kahwin di umur belia macam ni. Hisy!

          Datin Katrina mendengus geram. Hisy, ada aje jawapannya. Luku baru tau! Tak pasal-pasal jadi biul terus. Hatinya membebel geram. “Dah, mama tak nak dengar apa-apa alasan lagi! Pergi mandi sekarang, lepas tu turun bersarapan. Lepas sarapan, kemas bilik ni. Sakit mata mama tengok tau!” arahnya tegas. Serentak itu, dia melangkah keluar dari bilik Erena.
 
        Erena menarik muncung panjang. Gadis cantik itu menjeling geram. “Mama ni, ada ke suruh aku jadi mak budak? Hisy, tak patut! Tak nak aku kahwin awal-awal ni, buat menyemak kepala otak aje,” omel Erena geram.

         Bila teringatkan arahan mama, Erena segera menapak turun dari katilnya yang sudah basah lencun.

          Sebelum mama mula membebel, baik aku ikut arahan mama. Mama kalau dah mula berceramah, kalah Ustazah Siti Nor Bahyah. Hisy… tak sanggup aku nak tadah telinga dengar ceramah hebat dari mama. Lalu, cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam bilik air.