“KAMI datang ke sini untuk pinang Asha
untuk Hilman, Azman, Fariha,” kata Datuk Halim dengan memek muka serius.
Membuntang biji mata Encik Azman dan
Puan Fariha mendengar kata-kata Datuk Halim. “Kahwinkan Asha dengan Hilman?”
Riak wajah terkejut terukir jelas di wajah pasangan suami isteri.
Asha yang kebetulan baru sahaja
pulang daripada sekolah, terus menjadi kaget apabila mendengar kata-kata bapa
mentua tidak jadinya itu. Kakinya terpaku di muka pintu, bagaikan terlekat di
situ. “Uncle nak Sha kahwin dengan Hilman Adrian?”
Seisi ruang tamu rumah teres dua
tingkat itu serta-merta memusingkan kepala ke muka pintu.
Asha memaksa kakinya untuk bergerak
ke ruang tamu. Serta-merta dia melabuhkan duduk di sebelah Puan Fariha. “Kenapa
uncle nak kahwinkan Sha dengan Hilman? Hilman tak perlu jadi pengganti tempat
abang Fad, uncle, auntie. Sha dah redha dengan apa yang dah berlaku. Mungkin
dah tertulis di suratan takdir bahawa Sha akan terima takdir sebegitu rupa,”
tegasnya, menolak lamaran keluarga Hilman.
Datuk Halim mengeluh. Wajahnya berubah kelat. “Uncle serba salah dengan
kamu, Asha. Disebabkan perbuatan Fadli, kamu sekeluarga terpaksa menanggung
malu. Jadi, hanya ni aje cara untuk uncle tebus kesalahan kami pada kamu,
Asha,” balasnya dengan nada suara lemah.
Asha tersenyum hambar. “Tak apa, uncle. Apa yang berlaku ni adalah
kehendak takdir. Kita tak boleh nak melawan ketentuan-NYA. Kun Faya Kun! Allah
kata jadi, maka jadilah ia. Kita pun tak boleh nak buat apa-apa.” Hampir
menitis air matanya tatkala peristiwa tempoh hari menghambat benak ingatannya.
Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku untuk menghadapi ujian-MU yang terlalu berat ini,
doa hatinya.
Datin Rohaida mencapai tangan Asha, lalu meramasnya lembut. Figura gadis
itu direnung dengan penuh rasa sayang. “Asha, auntie sayang kamu macam anak
auntie sendiri. Auntie teringin sangat nak bermenantukan Asha, tapi…”
“Tak apalah, auntie. Asha pun dah tak nak harap apa-apa lagi. Auntie anggap
ajelah antara kami berdua tak ada jodoh,” celah Asha. Cukuplah sekali hatinya
terhiris luka, tidak sanggup rasanya hendak menanggung lagi.
“Auntie benar-benar mengharap Asha terima pinangan kami. Walaupun Asha
tak jadi berkahwin dengan Fad, tapi sekurang-kurangnya auntie masih boleh
menganggap kamu sebagai menantu bila kamu berkahwin dengan Hilman,” rayu Datin
Rohaida lagi.
Asha terdiam. Terkedu. Kahwin dengan Hilman? Tidak, aku tak cintakan
Hilman. Aku cuma cintakan abang Fad seorang aje! Di saat nama Fadli terisi di
kotak memorinya, rasa rindu semakin kuat menyeksa jiwanya. Abang, mana abang
pergi? Kenapa buat Asha macam ni? Asha rindukan abang, rintih hatinya sebak.
Tiba-tiba, kedengaran Puan Zaryn mendengus geram. Kemarahannya mula
terbangkit tatkala melihat tingkah laku Asha yang begitu berat hati hendak
menerima lamaran mereka. “Terima pinangan kami, Asha. Kahwin dengan Hilman!”
celahnya, seakan-akan mendesak.
Asha melepaskan keluhan. “Hilman dah setuju ke?”
“Dia dah setuju!” Laju sahaja Puan Zaryn membalas. “Sekarang ni keputusan
di pihak kamu. Terima aje pinangan kami ni!” Sekali lagi dia mendesak.
Asha terdiam untuk kesekian kalinya.
“Asha?” tegur Datin Rohaida lembut.
Asha mendongak memandang wajah Datin Rohaida.
“Tolonglah terima pinangan kami, Asha. Uncle betul-betul berharap kamu
kahwin dengan Hilman,” celah Datuk Hafsyam setelah agak lama berdiam diri.
Asha masih lagi membisu. Ya ALLAH… apakah yang patut dia lakukan?
--------------
ALUNAN muzik berentak disko langsung
tidak menarik hati Hilman. Sekuat mana pun muzik itu dimainkan, namun masih
lagi tidak mampu menghiburkan hatinya. Fikirannya tetap kusut! Peristiwa semalam
masih lagi menguasai kotak ingatannya sehingga ke detik ini.
Dia duduk sambil termenung jauh. Sebuah keluhan berat terhembus keluar
dari bibir. “Ya ALLAH… apa sebenarnya yang KAU sedang rencanakan untuk aku?”
desisnya perlahan.
Tingkah laku Hilman mengundang kehairanan di benak Dhaniyah Tihani, teman
wanitanya. Berkerut-kerut dahinya tanda hairan Terpanggil hatinya untuk
mengetahui perkara sebenar.
Serentak itu, dia menghayun langkah menuju ke meja yang diduduki Hilman,
lalu dia melabuhkan duduk di sebelah lelaki itu. “Sayang?” tegurnya manja.
Hilman tersentak kecil apabila mendengar teguran Dhaniyah. Lamunannya
segera menghilang. Lantas, dia memusingkan kepalanya memandang figura Dhaniyah.
“Hmm?”
Dhaniyah merenung manja segenap wajah kacak Hilman. “You ni dah kenapa,
sayang? Muka you tu monyok macam tahi ayam aje. Honey, kita datang sini untuk enjoy
tau. Kita nak happy-happy,
hu ha hu ha…
tapi, you? What is going on?” soalnya ingin tahu.
Hilman mengukir senyuman payah. “I’m
so sorry, Dani. I tak ada mood.”
Berkerut dahi Dhaniyah. “Why?”
“I have a big problem.”
“What is your problem?”
Hilman mengalihkan wajahnya memandang Dhaniyah. “Kalau I berterus-terang,
you mesti akan rasa terkejut.”
“Apa maksud you?”
Hilman menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara. “I kena
gantikan tempat Fadli, Dani. I bakal berkahwin dengan Asha tak lama lagi,”
beritahunya dengan nada suara lemah. Wajahnya bertukar sugul.
Dhaniyah terkesima. “What?” Dia antara percaya tak percaya sahaja
dengan berita yang baru sahaja disampaikan oleh Hilman. “Kahwin dengan Asha?
You bergurau ke apa ni? Stop
it okey! It’s not funny!”
Hilman tersenyum hambar. “I tak bergurau, Dani. I serius! Perkahwinan ni
bukan boleh dibuat main. Ia untuk seumur hidup,” tegasnya.
Dhaniyah terkedu. “Habis tu, you nak kahwin dengan dia?”
“I have to,” jawab Hilman dalam keadaan
keterpaksaan.
“But why?” protes Dhaniyah.
“Kalau I tak kahwin dengan Asha, I akan hilang jawatan CEO. Kalau I
hilang jawatan tu, segala hak I dalam Halim Holdings pun hilang jugak. Apa lagi
pilihan yang I ada?” balas Hilman lemah.
Dhaniyah menarik muncung panjang “Kalau you kahwin dengan dia, macam mana
pula dengan I? Kita dah lama couple, sayang. You tak boleh tinggalkan I
macam tu aje. I sayang you,” balasnya bersungguh-sungguh.
Hilman terdiam.
“Hilman Adrian!”
HIlman mengeluh. Dia mencapai kedua-dua belah tangan Dhaniyah, lalu
membawanya ke bibir. Tangan Dhaniyah dikucup penuh syahdu. “Sayang, walau
apapun yang berlaku, I tak akan tinggalkan you. You will be the first and the last
one woman in my life, honey!” Dia melafazkan janji.
“Betul?”
Beria-ia Hilman mengangguk.
Dhaniyah ketawa sinis. “You akan berkahwin dengan Asha tau. Macam-macam
benda boleh berlaku sepanjang tempoh perkahwinan tu.” Dia menyindir.
Hilman merenung wajah jelita
Dhaniyah. “Even I dah jadi suami Asha, ia tak
akan mengubah apa-apapun. Hubungan tu hanya akan tertulis atas kerja aje. You
jangan risau, sayang. I tak akan tinggalkan you.” Sekali lagi dia melafazkan
janji.
“Janji?”
Hilman mengangkat tangan kanannya,
umpama sedang membaca ikrar. “I janji!”
Dhaniyah menarik nafas panjang. Mendengar lafaz janji yang terucap di
bibir Hilman, sudah cukup membuat dia berasa lega. “Terima kasih, sayang.”
“Sama-sama, sayang.” Hilman membalas sambil mengusap lembut pipi Dhaniyah.
-----------------
ASHA tersentak apabila tiba-tiba
sahaja telefon bimbitnya berdering nyaring. Serta-merta dia mencapai telefon
bimbitnya di atas meja. Skrin telefon ditenung, hendak melihat si pemanggil
yang menghubunginya. Demi melihat sebaris nombor yang tidak dikenali, dia
berkerut dahi.
“Siapa pulak ni?”
Lantas, Asha menekan punat scroll lalu ibu jarinya ditolak ke tepi.
Telefon bimbit itu diletakkan ke telinga. “Hello?” sapanya dengan suara sopan.
“Ni Asha Hasna ke?” soal satu suara di hujung talian.
Asha tercengang. Eh, macam mana dia boleh tahu nama penuh aku? “Err… ya,
saya Asha Hasna,” jawabnya, masih lagi dengan nada sopan. Terpanggil hatinya
untuk mengetahui siapa yang menghubunginya itu. “Err… maaf, ni siapa ya?”
tambahnya ingin tahu.
“Aku.”
Berkerut dahi Asha. Erk, nama dia aku ke? “Yalah, siapa ni?”
Kedengaran suara itu berdehem keras. “Aku! Hilman Adrian!”
Asha terkedu. “Hil… Hilman?” Tergagap-gagap nada suaranya ketika
menuturkan sebaris nama yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi.
Hilman tergelak sinis. “Kau tak perlu nak rasa terkejut bila dengar suara
aku, Asha. Aku call kau ni pun
bersebab tau. Kalau tak ada sebab, memang tak ada maknanya la aku nak bazirkan
kredit aku untuk call kau.” Sempat
lagi dia menyindir Asha.
Asha terus terdiam.
“Aku nak jumpa kau.” Hilman segera menyambung bicara apabila tiada
tanda-tanda untuk Asha membalas sindirannya.
“Untuk apa?” soal Asha ingin tahu.
Hilman mendengus geram. “Tak payah nak banyak tanya, boleh tak? Ikut
ajelah!” herdiknya dengan suara kasar.
Asha tergamam. Ni ke bakal suami aku? Ya ALLAH, benarkan keputusan yang
aku ambil ini? Adakah dia calon yang tepat untuk menjadi imamku? Hatinya mula
berasa keliru dengan keputusan yang diambil.
Hilman berdecit. Geram kerana setiap bait ayat yang dituturkan dibiarkan
sepi tanpa sebarang jawapan. “Eh, dia ni… diam pulak! Jawablah! Mulut kau tu
kena kepit dengan sepit ke hah?” Suaranya meninggi.
Asha tersentak. Lamunannya segera menghilang. “Err… awak cakap apa tadi?”
“Aku nak jumpa kau, faham?” herdik Hilman dengan nada kasar.
Asha tersenyum hambar. “Kat mana?”
“Kejap lagi aku whatsapp kau.” Tutt! Talian terus dimatikan.
Asha tergamam. Telefon bimbit diletak semula ke atas meja. Sebuah keluhan
berat terhembus keluar dari bibirnya. Telefon itu ditenung sejenak. Ya ALLAH,
kuatkanlah hati hamba-MU ini. Berilah aku kesabaran dan ketabahan dalam
menghadapi kerenah Hilman, doanya dalam hati.
No comments:
Post a Comment