BOLA
mata
Iqram tidak ralit dari memandang kerusi yang tidak berpenghuni di hadapannya.
Sesekali, dia mengerling ke muka pintu. Berharap agar si pemilik kerusi itu
segera memunculkan diri, namun hampa kerana bayang itu masih lagi tidak muncul.
“Mana dia pergi ni? Dia tak tahu ke yang hari ni kita ada mesyuarat?” Wajah
Iqram sudah mencuka. Langsung tidak tercalit senyuman di bibir.
Masing-masing
sudah menggaru-garu kepala. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada
Iqram. Berulang kali mereka meneguk liur tatkala melihat kemarahan Iqram.
Sungguh, mereka jadi gerun apabila melihat ekspresi muka sang ketua.
Iqram
mendengus marah. “Saya ni cukup pantang kalau ada orang yang tak pandai nak
tepati masa! Apa, dia ingat dia tu bos ke? Hah, saya pulak yang kena tunggu dia
kat sini? Saya ni bukan tunggul kayu tau!” Api kemarahannya semakin mencanak
naik.
Bisu,
tiada seorang pun yang berani mencelah. Bila Mr. singa naik angin, memang haru
biru jadinya. Silap hari bulan, bangunan yang kukuh ini pun boleh tumbang
dikerjakan Iqram.
Iqram
menoleh memandang figura Sonia. “Sonia?”
“Ya,
bos?” jawab Sonia.
“I
nak you call dia sekarang! Gesa
supaya dia cepat-cepat datang ke bilik mesyuarat!” arah Iqram.
“Baik,
bos!” Ganggang telefon diangkat, lalu diletakkan ke telinga. Satu nombor
telefon didail. Seminit dua berlalu, tiada tanda-tanda untuk si pemilik nombor
itu menjawab panggilannya. Hanya suara operator yang menjadi peneman setia walau
di mana berada itu sahaja yang menjawab.
“Tak
dapat, bos,” beritahu Sonia.
“Cuba
sekali lagi!” arah Iqram.
Sekali
lagi Sonia mencuba, namun sekali lagi juga jawapan sama yang diterimanya.
“Masih tak dapat, bos!”
Iqram
semakin bengang. “Tak apalah, Sonia. Kita tunggu aje sampai dia datang.”
Sonia
hanya mengangguk. Ganggang telefon diletak semula ke tempatnya. Dia mengerling
sekilas memandang figura Iqram. Tidak berani hendak menjawab panjang-panjang.
Bimbang kalau-kalau mengundang kemarahan ketuanya itu. Angin lelaki di
hadapannya itu bukan boleh diduga. Angin puting beliung!
Sementara
itu, Hidayah yang sedang duduk di sebelah salah seorang staf Jabatan Operasi,
bertubi-tubi menghantar whatsapp dan mesej pada sahabatnya, namun langsung
tidak berbalas. Dia mendengus perlahan. Sakit pula hatinya apabila mengenangkan
kecuaian gadis itu. Bukannya gadis itu tidak tahu bahawa hari ini mereka ada
mesyuarat, tapi dia sengaja buat-buat lupa. Yang menyakitkan hati, gadis itu
siap boleh menayang muka selamba dan sengihan di bibir. Seolah-olah dirinya itu
tidak melakukan sebarang kesalahan.
Dia
mendongak memandang figura Iqram yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh.
“Saya mintak izin untuk keluar sebentar. Saya nak pergi tandas,” suaranya
memohon keizinan.
“Hmm…”
balas Iqram tanpa menoleh ke arah Hidayah.
Lantas,
Hidayah bangun, lalu menyusun langkah keluar dari bilik mesyuarat. Laju
langkahnya dihayun menuju ke tandas. Sesudah sampai di tandas, beg tangannya
berwarna hitam itu diletakkan ke tepi sinki. Telefon bimbitnya segera dicapai.
Nombor telefon bimbit seseorang didail. Seminit dua, akhirnya kedengaran nada
bersambut.
“Hello?”
“Hoi nenek
sihir, kau ada kat mana sekarang ni?! Apasal lambat sangat ni? Mr singa tu dah
naik angin tau! Kau memang sengaja nak buat pejabat kita ni jadi tunggang
terbalik ke apa?” Hidayah menengking dengan suara keras.
Maira
terkesima. Hampir melatah jadinya tatkala mendengar kata-kata Hidayah. “Kau ni
apasal? Yang nak marah aku tanpa sebab tu, kenapa? Aku buat salah apa?” Dia
meninggikan suara, setanding dengan suara Hidayah.
Hidayah mendengus
geram. “Kau ni ingat ke buat-buat tak ingat? Sejak bila pulak kau ada sindrom
hilang ingatan ni hah?” bidasnya, semakin hilang sabar dengan tingkah laku
Maira.
Berkerut
dahi Maira. “Apa yang kau merepek ni, Dayah? Hilang ingatan apa bendanya ni?”
tanyanya dengan muka terpinga-pinga.
“Hari
ini hari apa?”
“Rabu,”
jawab Maira. “Kenapa?” Giliran dia pula yang menyoal.
Hidayah
menepuk dahi. “Apasal la kau ni lembab sangat? Setiap hari Rabu kan kita ada meeting dengan Mr. singa. Takkanlah kau
dah lupa hal sepenting ni?”
Membuntang
biji mata Maira. Terkedu dengan jawapan itu. “Hah, apa?” Kepalanya
diketuk-ketuk berulang kali apabila menyedari ketelajuran diri. Macam mana aku
boleh terlupa hal sepenting ni? Aduh! Habislah aku kena marah dengan Mr. singa.
Tulah, selalu sangat cuai! Tengok, tak pasal-asal satu office huru-hara disebabkan kelewatan kau, marah hatinya.
“Hoi!”
jerkah Hidayah. “Diam pulak dia, jawablah!”
Maira
terkejut mendengar jerkahan itu. Pergh, kuss semangat! “Tak payahlah menjerit!
Kau bukannya tengah pegang mikrofon pun. Aku dengarlah, mak cik!” bentaknya
geram.
“Haa…
kau ada kat mana sekarang ni?” tanya Hidayah bersama cebikan di bibir. Malas
hendak berlembut dengan Maira. Sorry la…
itu bukan style dia!
“Aku
tengah parking kereta ni. Kau tolong cover aku kejap. Dalam masa dua minit,
aku sampai okey,” balas Maira sekali gus mematikan talian.
Hidayah
tercengang. Erk, dia matikan talian pulak? Huhh! ngomel hatinya geram.
---------
BAGAIKAN lipas kudung, Maira mencicit
masuk ke dalam bilik mesyuarat. Langkahnya terhenti bak tiang elektrik apabila
menyedari beribu-ribu lemon mata memandangnya. Kenapa semua orang pandang aku
ni? Wah, rasa macam artis terkenal aje. Dia tersengih sejenak. Apalah kau ni
Maira, sempat makan buah berangan lagi. Dasyat!
Tiba-tiba
kedengaran satu suara dehemen keras yang datangnya dari satu figura seorang
lelaki yang sedang tegak berdiri sambil berpeluk tubuh. Spontan Maira menoleh
ke arah figura itu. Melihat renungan tajam lelaki itu, membuat Maira meneguk
liur. Alamak, matilah aku! Mr. singa dah naik angin! Boleh tak kalau aku nak
hilangkan diri sekejap? Aduh! Kalau ada kuasa halimunan kan senang. Dia sudah
menggigil ketakutan.
Sebuah
jelingan tajam dihadiahkan pada Maira, tanda amaran keras. “Awak lambat
selama…” Jam yang terikat di pergelangan tangan kanannya, dikerling. “ Satu
jam!”
Maira
tayang sengihan. Siap menayang barisan gigi putihnya bak baru sahaja dicalit
dengan kapur kasut. “Saya minta maaf, bos. Saya… saya…”
“Awak
apa?” herdik Iqram.
Maira
terus terdiam. Aduh, kenapa otak aku ni tak nak keluarkan idea bila dalam
keadaan genting ni? Hisy, idea ni pulak macam sengaja nak main cak wa cak wa dengan aku tau, bentak
hati Maira.
“Awak
ingat muka awak tu cantik sangat ke kalau awak sengih-sengih depan saya?”
herdik Iqram. Mula hilang sabar dengan gelagat Maira.
“Cantik.”
Tanpa sedar Maira membalas. Ops! Mulutnya segera ditekup apabila menyedari
ketelanjuran diri. Alamak, terlebih sudah!
Buntang
biji mata Iqram mendengar jawapan itu, bagai hendak terjojol keluar dibuatnya.
“Berani awak menjawab, ya!” tengkingnya keras.
Seisi
staf bahagian operasi sudah meneguk liur melihat telatah Iqram a.k.a Mr singa.
Silih berganti mereka memandang Iqram dan Maira. Sungguh mereka tidak
menyangka, Maira begitu berani menjawab. Siap menayang muka selamba badak lagi,
bagai tidak melakukan kesalahan.
Maira
menayang muka selamba. “Betul kan apa yang saya cakap ni? Kan bos kata muka
saya ni cantik?”
Iqram
menggenggam buku lima. “Awak…” Huhh! Tak pernah ada lagi manusia yang berani
melawan cakap aku. Tapi dia? Argh! Kalau kau tu lelaki, memang dah lama makan
penumbuk aku. Kenyang terus, tak payah makan sampai esok pagi!
Maira
menjungkit kening. Buat apa nak takut? Dia bukannya monster inc pun. Dia bos yang kacak bak pelakon Syarul Ridzwan,
desisnya lalu tergelak lucu dalam hati.
“Dah,
duduk!” arah Iqram tegas.
Cepat-cepat
Maira mengambil tempat duduk di sebelah Hidayah. Fail yang tertulis perkataan
‘operasi’ di atasnya, bingkas dicapai lalu dibuka ke helaian pertama.
Usai
mesyuarat selesai, kesemua staf bahagian operasi mengemas fail-fail mereka,
lalu melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Yang tinggal hanya Iqram, Maira,
Hidayah dan Sonia.
“Maira
Qaisarah!” Iqram menegur tegas.
Maira
menoleh ke arah Iqram. “Ya, bos?”
“Masuk
bilik saya lepas ni,” Iqram senyum sinis. “Bersiap sedia untuk disoal siasat,
Maira.” Lalu, dia bangun dan terus berjalan keluar meninggalkan bilik
mesyuarat.
Bulat
mata Maira mendengar arahan itu. Arahan itu umpama petir berdentum menyambar
dada langit. Gulp! Dia menegur liur. Alamak, matilah aku!
“Padan
dengan muka kau, Maira!” ejek Sonia sambil tersenyum sinis. Serentak itu, dia
bangun lalu berjalan keluar dari bilik mesyuarat.
Maira
menggosok-gosok belakang kepalanya berulang kali. Wajanya sudah pucat lesi.
“Dayah?” tegurnya sambil memandang tepat wajah kawan baiknya itu.
Hmm?”
balas Hidayah sambil senyum sinis. Bak sedang menyindir gadis comel itu.
“Macam
mana ni, Dayah? Aku takutlah! Ketaq lutut aku ni, wei!” luah Maira dengan suara
menggigil-gigil.
“Aik,
tahu pula rasa takut? Oh…tadi masa kau melawan cakap dia, tak tahu takut? Haa…
padan dengan muka kau!” perli Hidayah dengan muka selamba.
“Ala…
tu tadi,” balas Maira. “Kau temankan aku, ya?” pintanya beria-ia. Dia mempamer
muka kasihan, seolah-olah mahu meraih simpati Hidayah.
Membuntang
biji mata Hidayah. “Kau dah gila ke? Hisy, tak nak aku! Kau sendiri yang cari
pasal kan? Tanggung sendirilah! Aku tak sanggup nak jadi mak sanggup,”
perlinya, lalu cepat-cepat bangun dan menghayun kaki keluar dari bilik
mesyuarat.
Maira
menjeling geram. Wajahnya cemberut. Cis, tak guna punya kawan! Kawan susah pun,
tak boleh nak tolong ke? Argh! Hatinya membentak geram.
No comments:
Post a Comment