MAIRA
menghirup sedikit air sirap bandungnya. Sekadar hendak membasahkan tekaknya
yang tiba-tiba sahaja terasa haus. Sesudah minum, gelas kaca itu bingkas
diletak semula ke atas meja. Puas dia cuba untuk menenangkan hatinya yang
sedang berdetak maha hebat kala ini, namun tiada guna. Jantungnya terasa bagai
hendak melantun keluar tatkala bait-bait kata Hajah Sakinah terngiang-ngiang di
cuping telinganya. Aku dengan Encik Iqram? Ha ha ha… so funny! Hatinya segera menidakkan kebenaran.
Iqram
mengerling sekilas figura Maira di hadapan. Terdetik sesuatu di benak
fikirannya. Pasti gadis itu sedang memikirkan peristiwa sebentar tadi. Dia
tersengih lebar. Mesti lutut kau terketar-ketar, jantung kau bagai nak melantun
keluar dan hati kau berdegup kencang sekarang ni kan? gumam hatinya sambil
tergelak nakal. Suka benar dia melihat ekspresi wajah Maira. Comel sangat!
Hajah
Sakinah menjeling figura Maira dan Iqram silih berganti. Dia hanya tersenyum
lebar. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain di benak fikirannya kala
ini. Namun yang pasti, hati tuanya sudah mula menyukai gadis yang dibawa pulang
oleh Iqram itu. Sejuk matanya memandang gadis itu.
“Ehem-ehem!”
Tiba-tiba Abshar berdehem.
Tiga
pasang mata itu serentak menoleh ke arah Abshar.
Abshar
merenung figura Maira. Dia tersenyum penuh makna. “Kak ni cantik la. Memang
sesuai dengan Abang Am tau. Sama cantik, sama padan,” katanya beria-ia.
Maira
terkedu. Terasa membahang wajahnya mendengar kata-kata itu. “Hisy Abshar ni,
ada-ada ajelah! Akak dengan Encik Iqram ni mana ada apa-apa hubungan. Akak ni
staf dia aje.” Beria-ia dia menafikan kebenaran. Apa punya statement daa? Buat malu aku aje tau!
Iqram
semerta mengangguk laju. “Betul cakap Maira tu, Abshar. Maira ni cuma staf
abang kat pejabat aje. Hubungan kami tak lebih daripada seorang majikan dengan
pekerja,” celahnya bersungguh-sungguh.
Hajah
Sakinah mempamer senyum penuh makna. “Kalau betui pun hampa berdua ni ada apa-apa, apa salahnya kan? Tok lagi suka!” Dia
mencelah.
Maira
tergamam. “Tok ni, ke situ pulak. Maira dengan Encik Iqram ni memang tak ada
apa-apa hubungan pun,” Dia menoleh ke arah Iqram. “Kan, bos?”
“Betui
tu, tok!” sokong Iqram bersungguh-sungguh.
Terjungkit
sebelah kening Hajah Sakinah tatkala mendengar kata-kata nafi dua figura itu.
“Memanglah hampa berdua tak ada
apa-apa hubungan la ni. Tapi manalah tau, kot-kot hampa berdua ni berjodoh nanti. Tup… tup… dah jadi laki bini,”
balasnya, begitu yakin dengan firasatnya.
“Betul!
Betul! Betul!” celah Abshar.
Sebuah
jelingan tajam dihadiahkan buat Abshar. “Abshar ni sibuk aje tau!” marah Iqram.
“Laa…
tok sahlah hang nak marah budak Abshar ni, Am. Dia cakap benda yang betui.”
Hajah Sakinah membela cucunya itu.
Abshar
tersengih. Dia menjelirkan lidahnya pada Iqram. “Haa… tengok, tok pun bela
Abshar tau!” Dia memerli dengan muka selamba.
Iqram
menarik muka cemberut. Dia menayang penumbuk ke muka Abshar. “Diamlah!”
herdiknya geram.
Hajah
Sakinah tergelak. Lucu melihat gelagat dua sepupu itu. “Hampa ni… ada-ada aja!” Tiba-tiba, wanita tua itu bangun lalu
bersedia untuk mengorak langkah.
Berkerut
dahi Iqram melihat tingkah laku toknya. “Eh, tok nak pi mana tu?”
“Tok
nak pi masaklah. Takkan nak pi sembelih ayam pulak?” Hajah Sakinah berloyar
buruk.
Tawa
Abshar terburai. Iqram pula sudah menarik muka masam.
Mendengar
jawapan Hajah Sakinah, Maira bingkas bangun. “Err… Maira tolong tok, ya?”
katanya beria-ia.
Hajah
Sakinah tersenyum lebar. Belum sempat dia memanggil Maira untuk membantunya di
dapur, gadis itu terlebih dahulu sudah bersuara mahu membantunya. “Hmm… molek
sungguhlah tu! Kita ni orang perempuan kena rajin-rajin turun ke dapur. Barulah
laki tak cari lain.” Sempat lagi dia berceramah pada Maira. Seusai berceramah,
wanita tua itu terus berjalan menuju ke dapur.
Merah
padam muka Maira mendengar ceramah itu. Cis, tak pasal-pasal aku pulak yang
terkena! Argh! bentak hatinya geram. Namun dia tidak banyak bunyi, dia terus
membuntuti langkah Hajah Kamariah ke dapur.
Iqram
hanya memerhati figura Maira melalui ekor matanya. Dia tersenyum penuh makna.
Suka benar dia melihat gelagat gadis itu. Bukan setakat selamba aje, malah otak
wayar putus dan mudah gelabah. Ah, dia benar-benar comel! Sekali lagi hatinya
memuji Maira.
Tanpa disedari, tingkah
lakukanya diperhatikan oleh Abshar dengan penuh minat. Di benaknya sudah mula
terdetik sesuatu. Hatinya begitu yakin bahawa suatu hari nanti hubungan Iqram
dan Maira akan melebihi hubungan antara seorang majikan dan pekerja.
---------------
“MAIRA?” Hajah Sakinah menegur lembut.
Maira yang
sedang menikmati hidangan tengah harinya seraya menoleh. “Ya, tok?” jawabnya
dengan nada lembut. Garis senyum manis membentuk di bibirnya.
Hajah
Sakinah mempamer senyum penuh makna. Figura Iqram yang sedang leka menyuap nasi
berlaukkan ikan masak tiga rasa itu, dikerling. Lalu, dia menoleh semula ke
arah Maira. Siap merenung wajah comel itu lagi.
Berkerut
dahi Maira tatkala melihat tingkah laku Hajah Sakinah. “Err… kenapa tok tengok
Maira sampai macam tu sekali?” Dia menjadi tidak betah dengan tingkah laku
Hajah Sakinah.
“Salah
ka kalau tok nak tenung hang, Maira? Hang ni comel sangat,” balas Hajah Sakinah
bersungguh-sungguh.
Maira
tergelak. “Hisy, tok ni… buat malu Maira aje tau. Mana ada comel, biasa-biasa
aje ni.” Dia tersipu-sipu malu.
“Laa…
awat pulak hang nak rasa malu, Maira? Dah memang betui yang hang tu comel. Hati
tua tok ni betul-betul dah berkenan dengan hang tau.” Hajah Kamariah membalas
beria-ia. Garis senyum penuh makna tetap setia membaluti wajahnya. Sebetulnya,
ada sebab mengapa dia menuturkan kata-kata sebegitu rupa.
Maira
tergamam. Haa? Gulp! Dia meneguk liur. Erk, dia ni semacam aje. “Err… apa
maksud tok?” tanyanya dengan hati berdebar-debar.
Garis
senyum di bibir Hajah Sakinah semakin lebar. “Maira dah ada marka ka?”
tanyanya, sambil dia mengerling figura Iqram.
Maira
tergamam.
Mendengar
soalan itu, Iqram terus tersedak. Cepat-cepat dia mencapai gelas minuman, lalu
meneguk rakus air putih itu sehingga habis. Dadanya digosok perlahan. Aduh,
tekaknya terasa pedih! Ni semua gara-gara tok. Boleh pulak tok tanya soalan
cepumas tu pada Maira?
Berkerut dahi Maira
tatkala mendengar soalan cepumas Hajah Sakinah. Hatinya tertanya-tanya, mengapa
tiba-tiba sahaja wanita tua itu melontarkan soalan sebegitu rupa padanya?
“Kenapa tok tanya soalan macam tu pada Maira?” Dia semakin resah dengan tingkah
laku wanita tua itu.
“Saja.”
Hajah Sakinah menjawab selamba.
“Hisy,
tok ni peliklah! Tiba-tiba aje tanya soalan yang bukan-bukan pada Maira. Kesian
dia, terus terkejut sebab dengar soalan tok tu,” celah Iqram kelam kabut. Entah
mengapa tiba-tiba sahaja dia menjadi cacing kepanasan?
Hajah
Sakinah menoleh memandang figura Iqram, lalu bibirnya terukir senyum sinis.
“Laa… pasaipa pulak tak boleh tanya soalan macam tu kat Maira? Tok bukannya
tanya kat hang pun, tapi tok tanya kat Maira. Yang hang nak jadi cacing
kepanasan tu, pasaipa?” duganya. Sengaja hendak menduga Iqram.
Iqram
terdiam. Kelu lidahnya hendak membalas kata-kata itu. Erk, tak pasal-pasal dah
terkena sebijik! Naya aje!
“Haa…
Maira?” Hajah Sakinah merenung tepat ke segenap wajah Maira. “Hang belum jawab
soalan tok lagi.”
Maira
menelan liur. “Err… soalan apa, tok?” Dia semakin berdebar-debar.
“Hang
dah ada marka ka?” ulang Hajah Sakinah lagi.
Maira
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Erk, nak jawab apa ni ya? “Err…
belum, tok.” Dengan jujur dia menjawab. “Kenapa?”
Hati
Hajah Sakinah melonjak gembira demi mendengar jawapan itu. Hmm… ada can ni.
“Kalau tok nak kenen-kenekan Maira dengan seseorang, nak?”
Maira
tercengang. Ternganga mulut. “Siapa, tok?”
Iqram
ikut sama tercengang.
No comments:
Post a Comment