LANGKAH
Iqram
dan Maira terhenti di depan pintu bilik hotel yang tertulis nombor 328.
Iqram
memusingkan tubuhnya menghadap figura Maira. “Okey, ni bilik awak. Bilik saya
kat sebelah. So, kalau ada apa-apa,
awak ketuk aje bilik saya tu ya.” Dia menyua kunci bilik ke arah Maira.
Maira
tersenyum lebar. “Terima kasih, bos!”
Baru
sahaja dia hendak mencapai kunci bilik di tangan Iqram, tiba-tiba lelaki itu
membaling kunci itu ke udara. Sebaik sahaja kunci itu jatuh semula ke
tangannya, cepat-cepat dia menggenggam kunci itu.
Maira
tercengang. “Eh, apa ni, bos? Kenapa bos buat macam tu?” Dengan terpinga-pinga,
dia menyoal.
Garis
senyum sinis menghiasi bibir Iqram. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Maira.
“Berterus-terang dengan saya, Maira! Jawab soalan saya ni dengan jujur!”
Suaranya kedengaran begitu tegas sekali.
Maira
berdecit geram. “Hisy, bos ni dah kenapa hah? Soalan apa pulak ni? Boleh tak
kalau tak payah nak berteka-teki depan bilik hotel ni? Badan saya ni dah
melekik tau! Saya nak mandi, nak tukar baju!” herdiknya dengan suara geram.
Iqram
mempamer senyum sinis. “Saya boleh bagi kunci bilik ni pada awak, tapi ada
syaratnya.”
Maira
menarik muka cemberut. “Hisy, apa syaratnya? Cepat bagitahu!” bentaknya geram.
“Syaratnya
senang aje.” Iqram membalas. “Awak cuma…”
“Cuma
apa?” potong Maira sebelum sempat Iqram menghabiskan bicara.
Iqram
berdecit geram. “Cuba dengar cakap saya dulu. Tak payahlah nak potong cakap
saya!” bebelnya.
Maira
menyengih. “Okey… okey… cakap!”
Rona
wajah Iqram berubah serius. “Jawab dengan jujur, Maira! Apa sebenarnya yang tok
cakap masa kita kat sana tadi? Kenapa tiba-tiba aje dia tanya soalan macam tu
kat awak?” Dia cuba mengorek rahsia.
Sengihan
Maira terus mati. Dia mengetap bibir. Aduh, sekali lagi dia tanya soalan
cepumas tu. Nak jawab apa ni ya? “Err…”
“Maira
Qaisarah!” seru Iqram apabila tiada tanda-tanda untuk gadis itu bersuara.
Maira
menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Mmm… mana ada apa-apa, bos! Betul, tok
tak ada cakap apa-apa pun kat saya!” Dia berusaha menafi dengan nada suara
keras. Tidak mahu lelaki itu mengetahui perkara sebenar. Biarlah rahsia itu
terus terkubur tanpa ada batu nisannya. Tak apa, dia rela asalkan lelaki itu
tidak tahu!
Iqram
mendengus. Kunci bilik itu ditayang ke muka Maira. “Awak nak kunci bilik ni
tak?” ugutnya.
“Naklah!”
balas Maira sambil merenung tepat ke arah kunci yang ada di tangan Iqram.
Sedaya upaya dia cuba merampas kunci itu, namun gagal. Lelaki itu lebih pantas
bertindak.
Iqram mengukir senyum
sinis. “Kalau awak nak kunci bilik ni, lebih baik awak berterus-terang dengan
saya. Apa yang tok cuba sampaikan?” Dia berterus-terusan mendesak. Memaksa agar
Maira berterus-terang.
Maira
semakin bengang. “Hisy, tak ada apa-apalah!” bentaknya. Dia nilah, memang nak
kena belasah cukup-cukup ni! Aku balun kau dengan selipar Jepun aku ni, baru
padan dengan muka kau! Sengaja cari pasal dengan aku tau! Anginnya mula
mencanak naik ke atas kepala. Sungguh, dia geram dengan telatah Iqram.
“Betul?”
desak Iqram lagi.
“Hisy!
Betullah, tak ada apa-apa!” bentak Maira dengan suara kasar.
“Fine! Kalau macam tu, awak tidur ajelah
kat luar malam ni ya. Selagi awak belum berterus-terang dengan saya, selagi
tulah saya tak akan serahkan kunci bilik ni kat awak,” ugut Iqram. Memaksa
Maira untuk berterus-terang perihal sebenar.
Maira
melopong. Alamak! Takkanlah aku nak tidur kat luar malam ni? Hisy, aku tak
tidur kat kaki lima ni! Banyak nyamuk! Tak nak aku derma darah kat si penghisap
darah tu! “Hisy, janganlah buat saya macam ni, bos!” rayunya. Berharap supaya
Iqram tidak melakukan kerja gila itu.
Iqram
mempamer senyum penuh makna. “Kalau awak tak nak saya buat macam tu, lebih baik
awak berterus-terang!” ugutnya lagi.
Maira
terdiam sejenak. Erk, nak buat apa ni ya? Pokoknya, dia tak boleh tahu! Otaknya
dikerah keras untuk mencari idea bagi mengelak daripada menjawab soalan cepumas
itu. Terlintas satu idea nakal di benaknya. Spontan, bibirnya terukir senyum
penuh makna. He he he…tu dia, tanduk jahat dah keluar! Siap kau, Iqram Fattah!
“Bos betul-betul nak tahu ke ni?” tanyanya dengan suara lunak.
Iqram
mengangguk laju. “Yes Maira, tell me the
truth. Now!” desaknya lagi.
Maira
mempamer senyum manja. Siap berkedip-kedip mata lagi. “Kalau bos nak saya
berterus-terang, bos kena janji dengan saya dulu!” Begitu lembut sekali
suaranya di telinga Iqram.
“Janji
apa?” balas Iqram ingin tahu.
“Bos
janji akan bagi kunci bilik tu kat saya, boleh?” balas Maira beria-ia.
Cepat-cepat
Iqram mengangguk sebagai jawapan. “Saya janji!”
“Tapi…”
Sengaja Maira hendak bermain tarik tali dengan Iqram.
Dahi
Iqram berkerut. “Tapi apa?”
Maira
merenung manja wajah Iqram. “Saya nak tengok kunci bilik tu dulu. Lepas tu,
barulah saya berterus-terang pada bos,” balasnya beria-ia.
“Okey,”
Kunci di tangannya itu, segera ditayangkan ke muka Maira. “Ni dia.”
Maira
menjungkit sebelah keningnya. Bola matanya terarah tepat ke arah kunci yang ada
di tangan Iqram. Dia mengukir senyum penuh makna. “Sebenarnya…” He he he…
Maira, masa untuk bertindak! Dengan selamba badaknya, dia terus merampas kunci
itu dari tangan Iqram. “Sebenarnya tak ada apa-apa, bos. Ha ha ha… bos dah kena
tipu dengan saya! Padan muka, satu sama!” Cepat-cepat dia membuka pintu, lalu
terus membolos masuk ke dalam. Daun pintu bilik segera ditutup rapat, lalu
dikunci dari dalam.
Iqram
terkujat. Erk? Sungguh, dia tidak menduga Maira boleh mengambil tindakan
sebegitu rupa. Ah, gadis itu lebih bijak darinya! Cis, tak guna! Aku dah
terkena! “Maira! Maira!” Bagai hendak pecah daun pintu bilik itu dikerjakan
Iqram, namun tiada tanda-tanda untuk gadis itu membuka pintu biliknya itu.
Dia
berdecit geram. “Argh! Tak guna kau, Maira! Kau kenakan aku ya? Tak apa… tak
apa… Hari ni kau terlepas, tapi esok lusa belum tentu lagi tau! Ada lori, ada
bas. Ada hari aku balas! Siap kau, Maira Qaisarah!”
--------------
FIGURA Iqram diintai melalui lubang
tengah daun pintu biliknya. Melihat lelaki itu sudah tiada lagi di depan pintu,
semerta dia menarik nafas lega. “Dia dah balik bilik dia kot,” fikirnya.
Serentak
itu, dia berjalan ke sofa lalu melabuhkan duduk di situ. Dia menghela keluhan
panjang. “Penatnya!” desisnya sendirian. Dia merebahkan tubuhnya ke atas sofa.
Sebelah tangannya dibengkokkan, lalu diletakkan di bawah kepala.
Fikirannya
menerawang mengingati Iqram. Tatkala sebaris nama itu meniti di benaknya,
sekali gus mengundang sebuah keluhan di bibir. Perbuatan lelaki itu masih lagi
segar di layar ingatannya. “Dia betul-betul dah gila!” gumamnya sendirian.
Maira
kenal siapa Iqram Fattah! Selagi lelaki itu belum mengetahui perkara sebenar,
selagi itulah dia akan berusaha sehingga berjaya. Kalau lelaki itu terus
bersikap sebegitu rupa, tidak mustahil dia akan meneruskannya di masa akan
datang. Ah, kalut! Dia berdecit. Lantas, gadis itu bangun lalu terus berdiri
tegak. Dia berjalan mundar-mandir di hadapan sofa. Sekejap ke kiri, sekejap ke
kanan. Segenap inci bilik hotel itu habis diterokainya.
“Kalaulah
dia buat kerja gila tu lagi, macam mana? Hisy, aku nak buat apa ni? Kalau dia
berterus-terusan mendesak untuk tahu perkara sebenar, mati aku nak menjawabnya!
Iqram Fattah tu bukannya boleh diduga sikapnya,” desisnya sambil mengusap
kepalanya yang semakin kusut.
Sedang
ralit melayani perasaan, tidak semena-mena bayangan wajah Hajah Sakinah
menerobos masuk ke layar ingatannya. Sekali gus, peristiwa sewaktu berada di
rumah wanita tua itu kembali tertayang di ingatannya.
“Tok nak melamar hang
jadi isteri Iqram, Maira,” kata Hajah Sakinah bersama segaris senyum penuh
makna di bibir.
Maira
tergamam. Matanya sudah membuntang luas. “Tok cakap apa ni? Maira tak faham.”
Sungguh, dia benar-benar terkejut apabila mendengar sebaris ayat yang meniti di
bibir wanita tua itu. Biar betik?
Garis
senyum penuh makna masih meniti di bibir Hajah Sakinah. Dia merenung lembut
figura Maira, sambil meramas tangan gadis itu. “Hang ni perempuan baik, Maira.
Berbeza sangat dengan bekas tunang Iqram, Ain Suraya. Perempuan tu,” Dia
berdecit. “Hisy, tak sesuai nak jadi bini Am tau. Lainlah hang, comel, baik hati,
penyayang.” Tambah wanita tua itu lagi.
Maira
terkedu. Erk, kenapa tiba-tiba aje dia keluarkan kenyataan macam tu?
Mengenangkan gelagat Hajah Sakinah, serta-merta bulu romanya terpacak berdiri.
“Apa yang tok cuba sampaikan ni?” desaknya, tidak sabar ingin tahu apa
sebenarnya yang dimaksudkan oleh wanita tua itu.
“Tok
tak main-main, Maira. Tok serius! Tok nak melamar hang jadi isteri Iqram,”
balas Hajah Sakinah sekali lagi. Kali ini dengan nada suara tegas.
Maira
terus terkedu. “Apa?” Dia menjerit kecil. Erk, dia bermimpikah? Dia menampar
kedua-dua belah pipinya. Ouch, sakit! Itu bererti… dia ternganga. Oh My ALLAH!
Bunyi beep dari telefon
bimbit sekali gus mematikan lamunan Maira. Tatkala menyedari ketelanjuran diri,
dia segera beristighfar panjang lalu meraup wajahnya. “Ya ALLAH… jauhnya aku
termenung,” desisnya sendirian.
Serentak
itu, dia mencapai telefon bimbit berjenama Samsung Galaxy 5s lalu menekan punat
open untuk melihat mesej yang dikirim
oleh si pengirimnya. Matanya sedikit bulat tatkala melihat mesej Iqram di layar
skrin.
Kita keluar dinner malam ni. Saya
tunggu depan bilik awak tau. Awak mesti keluar dari bilik tepat pukul 8.00
malam! Ingat, saya nak awak punctual!
“Hisy,
suka-suki kau aje nak mengarah orang kan? Kau ingat kau tu siapa hah? Adolf
Hitler zaman moden? Tak cukup kat pejabat, kat luar pun nak mengarah lagi?
Huhh, perangai kau tu hodoh sungguh tau!” bebel Maira bersama cebikan geram di
bibir. Sakit hatinya apabila membaca sebaris mesej itu. Argh!
Tiba-tiba,
telefon bimbitnya berdering lagu Mamacita nyanyian kumpulan Superjunior.
Spontan, dia merenung ke skrin. Dia mendengus geram melihat sebaris nama yang
muncul di skrin. “Hisy, dia nak apa lagi?” bentaknya dengan suara tidak puas
hati.
Walaupun
mulutnya membebel tanpa henti, namun jarinya cepat memainkan peranan. Punat
berwarna hijau ditekan, lalu telefon bimbit sederhana besar itu diletakkan ke
telinga kanannya. “Hmm… bos nak apa?” Suaranya dingin.
“Awak
dah dapat mesej saya?” balas Iqram tanpa menjawab soalan Maira terlebih dahulu.
“Dah!”
jawab Maira geram.
“Good! So, jangan lupa dinner kita malam ni tau. Haa… tepat
pukul 8.00 malam ya, Cik Maira Qaisarah!” Tutt! Iqram segera mematikan talian.
Maira
ternganga luas. Telefon bimbitnya itu ditenung sejenak. “Amboi, selamba badak
aje kau matikan talian kan? Huhh!” herdiknya.
Mengenangkan
arahan umpama petir berdentum itu, cepat-cepat Maira bangun. Dia mahu mandi,
mahu membersihkan diri dan bersiap-siap untuk keluar makan malam bersama Iqram
a.k.a Mr. singa!
No comments:
Post a Comment