Tuesday, 23 February 2016

Novel Mr Singa Miss Selamba 4

MELIHAT figura Maira di meja kerjanya, Aladdin Aimar terus berpatah balik ke ruang staf bahagian operasi. Dia tersenyum lebar. Semerta lelaki bertubuh sasa dan berwajah kacak itu berjalan menuju ke arah gadis comel itu. “Hai, Maira?” sapanya bersama segaris senyuman menggoda.
            Maira menoleh memandang figura si empunya suara yang menegurnya. Melihat figura Aladdin, dia mencebik. “Hmm… kau nak apa?”
            “Saja, nak tengok buah hati pengarang jantung aku yang comel bak buah delima ni,” balas Aladdin dengan nada romantis.
            Sekali lagi Maira mencebik. “Ha ha ha… kelakarnya! Tolong jangan buat lawak domestik kat sini, ya. Aku tak rasa nak ketawa pun,” perlinya pedas.
            Aladdin tersengih. “Buah hati aku ni suka bergurau, kan?” pujinya. Ringan tangannya hendak menyentuh pipi Maira.
            Maira bingkas menepis kasar tangan Aladdin. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada lelaki kacak itu, tanda amaran keras. “Eh, apa ni?!” Sesuka hati kau aje nak sentuh pipi aku tau. Pipi aku ni tak bercop dengan nama kau, okey. Jadi, kau tak ada hak nak sentuh pipi aku ni!
            “Nak usik sikit pun, tak boleh ke? Ala… bukannya luak mana pun,” balas Aladdin selamba.
            “Memanglah tak luak mana pun! Tapi kau kena ingat satu perkara, Din. Kau tak berhak nak sentuh aku sesuka hati! Aku bukan macam perempuan kat luar sana!” bidas Maira keras. Apa, ingat aku ni Barbie doll ke hah?
            “Okey,” Aladdin mengangkat dua tangannya ke atas. “Aku minta maaf! Aku janji, aku tak buat lagi,” katanya bersungguh-sungguh.
            Maira mencebik, lalu menjulingkan matanya ke atas. Menyampah! “Hmm…” Dia membalas dengan acuh tidak acuh. “Haa… kau nak apa? Tempat kau bukannya kat sini. Tempat kau kat bahagian kewangan.” Aduh, pergi berambus cepat! Kalau aku ada penyapu ajaib, memang dah lama aku sapu kau. Biar lenyap terus dari muka bumi!
            Aladdin senyum menggoda. “Saja, nak jumpa dengan buah hati aku.”
            Maira tayang muka toya. Hah, godaan kau tu langsung tak berkesan di hati aku tau. Sorry naik lori ajelah, sindir hatinya.
            “Eh, kenapa kau belum keluar makan tengah hari lagi? Kau diet ke, Maira?” tanya Aladdin setelah agak lama berdiam diri. Hatinya diulit rasa hairan tatkala melihat Maira masih lagi berada di pejabat. Bukan ke sekarang ni waktu makan tengah hari?
            Mendengar soalan umpama mesin gan itu, hati Maira dipagut rasa geram dan sakit hati. Aduh, dia ni banyak soalan pulak! Dahlah aku tengah sakit hati dengan Mr. singa tu. Dia datang menambah lagi. Argh, rasa macam nak ketuk dua manusia ni dengan senduk kuali aje! 
            Berkerut dahi Aladdin melihat reaksi Maira. Dia tertanya-tanya, apa sebenarnya yang sudah berlaku? “Maira, kau okey ke ni?”
            Maira senyum hambar. “Kau nampak aku macam okey ke?” Soalan berbalas dengan soalan. Malas dia hendak menjawab soalan itu.
            Aladdin tercengang. “Kenapa ni, Maira? Kau ada masalah ke? Cuba cerita kat aku. Manalah tahu, kot-kot aku boleh tolong.”
            Maira menjungkit sebelah keningnya ke atas. “Kau nak tolong aku? Tak payahlah, Din. Terima kasih daun keladi ajelah. Aku tak perlukan pertolongan kau,” balasnya tegas.
            “Ala… apa salahnya kalau aku tolong kau, Maira? Bukannya dengan orang lain pun, dengan bakal isteri aku jugak,” balas Aladdin lagi.
            Maira mendengus keras. Geram mendengar kata-kata Aladdin. Bakal isteri? Aduh, ni yang aku pantang! Berani dia mengaku aku ni bakal isteri dia? “Oii, sejak bila pula aku ni bakal isteri kau hah? Kita tak pernah ada apa-apa hubungan tau. Tolong jangan nak memandai-mandai!” bidasnya keras. Spontan, tamparannya hingga ke bahu Aladdin. Tanda amaran keras buat lelaki itu.
            “Tak baik tau tampar bakal suami, berdosa,” gurau Aladdin.
            Maira terus terbatuk kecil. Erk, rasa macam ada cecair tersekat di celah kerongkongnya. Bluerk! Rasa macam nak muntah hijau aje. “Bila masa pula aku cop kau ni bakal suami aku hah?” herdiknya. “Aku bagi amaran keras, Din! Jangan memandai-mandai nak mengaku aku ni bakal isteri kau. Kalau kau nak rasa telinga tu kena pulas dengan pemutar skru, buatlah!”
            “Tapi…”
            “Dah, aku tak nak dengar apa-apa lagi! Blahlah, jangan kacau aku lagi! Kehadiran kau tak dialu-alukan kat sini!” potong Maira sebelum sempat Aladdin menghabiskan ayatnya.
            Aladdin menarik muncung panjang. “Ala… sampai hati kau halau aku, Maira. Tak baik tau,” rajuknya.    
            Maira berdecit geram. “Sebelum aku panggil Pak Mat Jaga tu, lebih baik kau blah! Karang tak pasal-pasal kau main police entry one to jaga, police mati pencuri jaga dengan Pak Mat Jaga tu!”
            Aladdin mengeluh. Kecewa dengan penolakan Maira. “Okey, aku pergi.” Dia bingkas berdiri. “Tapi sebelum tu, aku nak tanya sesuatu ni.”
            “Apa dia?”
            “Kau nak makan apa-apa tak? Aku boleh tolong belikan,” ujar Aladdin beria-ia.
            “Tak payah! Aku diet!” jawab Maira. Dietlah sangat? Padahal, Mr. singa tulah penyebab dia tak keluar makan tengah hari.
            Aladdin berkerut dahi. “Laa… kenapa pulak kau nak diet, Maira? Kau kan dah kurus, dah comel.”
            Maira menjeling geram. “Aku nak berdiet ke, nak apa ke, suka hati akulah! Tak ada kaitan dengan kau pun!” herdiknya keras. “Dahlah, tak payah nak membebel kat sini. Lebih baik kau blah sekarang!”
            Aladdin mengeluh kecewa. “Okey, aku pergi!” Akhirnya dia mengalah dengan kemahuan Maira. Tak apalah Din, sabar okey. Aku yakin, kau akan berjaya menawan hati dia suatu hari nanti, pujuk hatinya.
            Sebaik sahaja figura Aladdin menghilang di sebalik dinding, Maira mencebik. “Hmm… berambus juga akhirnya! Sibuk aje tau. Menyemak macam nyamuk tiruk aje kat sini,” bebelnya geram.
            Kriukk!!! Sekali lagi perutnya berdendang lagu lapar. Serta-merta, perutnya itu diusap perlahan. Berkerut-kerut dahinya menahan lapar. “Tak boleh jadi ni! Aku kena cari sesuatu untuk dimakan,” ujarnya lalu bangun dan berjalan menuju ke pantry.


--------


DULANG berisi nasi putih berlaukkan ayam kari bersama sayur kacang panjang serta segelas air kosong diletak ke atas meja. Iqram melabuhkan duduk di atas kerusi. Dulang berisi makanan dan minuman ditarik ke depan. Pinggan dan gelas diangkat, lalu diletakkan ke tepi. Dulang itu kemudian diangkat lalu diletakkan ke meja sebelah. Serentak itu, dia mula menikmati hidangan makan tengah harinya.
            Jam tangan yang terikat di pergelangan tangan kanannya, dikerling sejenak. Jam digital itu sudah pun berubah ke angka 2.00. Melihat angka itu, cepat-cepat dia menyuap nasi ke dalam mulut. Dia tidak mahu terlewat ke pejabat.
            Sedang menyuap makanan ke dalam mulut, tiba-tiba bola matanya tertancap pada dua figura yang kebetulan melintas di hadapan. Suapannya terus terhenti tatkala melihat gelagat dua figura itu. “Nasib baik aku putuskan tali pertunangan ni cepat-cepat. Kalau tak, naya aje aku kena tipu hidup-hidup dengan perempuan tak guna tu!”
            Melihat figura Iqram, Ain Suraya terus tersenyum lebar. Serta-merta dia menarik lengan figura lelaki tua di sebelahnya. Mereka berjalan seiringan menuju ke arah Iqram.
            “Hai, Am?” tegur Suraya dengan senyuman menggoda.
            Iqram mengukir senyum hambar melihat figura wanita yang pernah bertakhta di hati dan menghiasi hidupnya suatu ketika dahulu. “Hmm… you nak apa?” tanyanya, malas hendak melayan sikap gedik bekas tunangnya itu.
            Suraya menoleh ke sebelah. Merenung manja figura lelaki tua itu. “Sayang, tolong tinggalkan kami berdua sebentar. I ada sesuatu nak bincang dengan dia,” ujarnya dengan lenggok manja dan gedik. Siap tersenyum menggoda lagi.
            Lelaki tua itu berkerut dahi. “Siapa dia ni, sayang? You curang dengan I, ya?” Ada nada cemburu di setiap bait-bait ayat yang dituturkan.
            Senyuman menggoda masih lagi mengitari wajah jelita Suraya. “No! Kenapa pulak I nak curang dengan you? You kan buah hati I,” balasnya beria-ia. “Actually, he is my client,” bohongnya.
            Iqram tertawa sinis. “Hmm… client la sangat.”
            Suraya berdecit geram. Namun dia hanya berdiam diri, tidak mahu memanjangkan isu itu. Buruk padahnya! “Tolong tinggalkan kami berdua, ya?” pintanya beria-ia. 
            Lelaki tua itu tersenyum, lalu mengangguk. Dia berjalan pergi meninggalkan Iqram dan Suraya sendirian.
            Usai lelaki tua itu menghilangkan diri, Suraya terus melabuhkan duduk di sebelah Iqram. Dia tersenyum menggoda. “You apa khabar, Am? Lama kita tak jumpa kan.”
            “Hmm… I khabar baik. I rasa, hidup I lebih baik bila kita tak bersua muka.” Sempat lagi Iqram menyindir Suraya. Sengaja hendak menyakitkan hati wanita jelita itu.
            Suraya terkesima. “Sampai hati you cakap macam tu pada I, Am. I tahu, I dah buat salah pada you. Tapi I betul-betul rasa menyesal dengan semua perbuatan I.”
            Iqram tergelak sinis. “Orang macam you ni tahu rasa menyesal ke? Setahu I, you hanya pentingkan nafsu diri aje,” Dia terus-terusan mengherdik sanubari Suraya. “Dan untuk pengetahuan you, I rasa bersyukur kerana ALLAH S.W.T buka mata hati I untuk mengenali siapa you yang sebenarnya. Kalau I tak terserempak dengan you bersama lelaki lain dulu, mati-mati I ingat you sayangkan I.”
            Suraya mengeluh. “I mengaku, I bodoh masa tu. I tak patut curang dengan you. Maafkan I, sayang. Kalau boleh, I nak kita bersama semula macam dulu,” balasnya penuh mengharap.
            Iqram mempamer senyum sinis. “Bersama semula macam dulu? Habis tu, lelaki tua tadi tu, you nak campak mana? Dalam lombong?”
            “Lantak dialah! Asalkan, you dapat terima I semula. Am, I’m realy, realy love you,” balas Suraya beria-ia. Dia menyentuh tangan Iqram, lalu menggenggamnya. Berharap agar lelaki kacak itu memenuhi permintaannya.
            “You nak I terima you semula?” balas Iqram, masih lagi dengan senyum sinisnya. Dia membalas tautan tangan Suraya.
            “Ya!” balas Suraya laju.
            Iqram memaniskan roman wajahnya, lalu berdecit panjang. Tidak semena-mena dia menggenggam tangan Suraya sekuat hati. Membuat wanita jelita itu menjerit kesakitan.
            “Auw! Sakitkah, Am! Lepaslah!” rayu Suraya beria-ia. Sedaya upaya dia cuba menarik tangannya dari genggaman Iqram, namun gagal.
            Rona wajah Iqram berubah serius. “You dengar sini baik-baik, Ain Suraya. Buka telinga you luas-luas. I bukan lelaki yang you boleh perbodohkan sesuka hati. Sekali you dah buat salah, sampai bila-bila I akan ingat. Tak mungkin I akan terima you semula setelah apa yang dah berlaku. Untuk apa kita bersama semula sekiranya you bersama lelaki lain dalam masa yang sama? I bukan lelaki dayus, Suraya.” Dia melepaskan tangan Suraya. Lalu, bangun dan berjalan pergi meninggalkan wanita jelita itu sendirian.
            Suraya menghentak meja. Nafasnya turun dan naik. “Argh! Tak apa, Am. I akan pastikan you jatuh semula ke tangan I, Iqram Fattah. Ini Ain Suraya la!”


---------

IQRAM menyusun langkah meninggalkan Restoran Mak Yam. Seusai tiba di hadapan sebuah restoran masakan melayu, langkahnya mati. Dia mendengus keras. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Suraya. Inilah kali pertama mereka terserempak setelah lima tahun berlaku. 
            Tatkala terkenangkan peristiwa lima tahun lepas, sekali gus membuat hati Iqram dipagut rasa kecewa. Hatinya diulit rasa sedih. Kasih sayangnya yang terlalu menggunung buat seorang Ain Suraya akhirnya dibalas dengan kecurangan yang disaksikan dengan dua mata kepalanya sendiri.
Namun, dia tetap rasa bersyukur kerana ALLAH S.W.T telah membuka mata dan hatinya untuk menilai sikap sebenar Suraya. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Akhirnya, perbuatan Suraya terbongkar juga.
            Terkenangkan perbuatan Suraya yang curang dibelakangnya, membuat sebuah keluhan berat terhembus keluar dari bibirnya. Dia memejam mata, cuba mencari kekuatan diri yang semakin nipis bak kulit bawang merah. “Ya ALLAH, kuatkanlah hati-ku dalam menempuh segala ujian-MU ini,” doa Iqram, memohon kekuatan daripada-NYA.
            Tiba-tiba, bola matanya teralih ke arah sebuah gerai yang menjual beraneka jenis juadah hidangan makan tengah hari. Spontan, fikirannya terbang melayang mengingati Maira.
            Tidak semena-mena, rasa kasihan bercampur aduk dengan rasa serba salah kerana telah melarang stafnya itu keluar makan tengah hari berkumandang di hati. “Kalau dia sakit, macam mana? Tak pasal-pasal kau juga yang menanggung akibatnya. Hisy, kau ni memang kejam, Iqram Fattah!”
Setelah agak lama berdiri di hadapan gerai itu, akhirnya dia berjalan masuk ke dalam. Dia hendak membeli nasi bungkus buat Maira. Kasihan gadis itu, pasti dia sudah lapar!

No comments:

Post a Comment