Tuesday, 23 February 2016

Novel Mr Singa Miss Selamba 9

IQRAM mengerling jam yang terikat di pergelangan tangannya. “Hmm… dah pukul 7.32 pagi,” Dia mendengus. “Dia nikan, kalau tak lambat dalam sehari memang tak sah!” bebelnya.
            Sementara di muka pintu, kelihatan daun pintu rumah dibuka dari dalam. Tersembul figura Maira di situ. Daun pintu segera ditutup rapat, lalu dia berlari anak menuju ke arah pagar. Pagar dibuka, lalu dia melangkah keluar dari perkarangan rumah teres dua tingkat itu. Seusai daun pintu pagar ditutup, terkocoh-kocoh dia melangkah ke arah kereta BMW 530i milik Iqram. Daun pintu kereta mewah itu dibuka, lalu dia terus membolos masuk ke dalam perut kereta itu.
            Maira menoleh memandang figura Iqram. Di bibirnya terukir segaris senyum manis. “Assalamuaikum, bos! Selamat pagi!” Dia menyapa lembut. Hmm… bos aku ni nampak kacak pulak pagi ni. Siap pakai cermin mata hitam lagi tu, puji hatinya. Amboi kau ni Maira, gatal ya? Babap sekali, baru tau!
            “Hmm… waalaikumusalam! Selamat pagi!” jawab Iqram. Dia merenung tajam figura Maira. Wajahnya kelihatan begitu serius. “Awak tahu tak, awak dah lambat selama dua minit. Kan saya dah cakap semalam, saya nak awak terpacak depan rumah tepat pada pukul 7.30 pagi!” bidasnya.
            Maira terlongo. “Saya cuma lambat dua minit aje, bukannya dua jam. Takkanlah benda kecik macam tu pun, bos nak marah? Bertimbang rasalah sikit!” Dia menayang muka tidak puas hati. Argh, dia ni betul-betul poyo!
            Iqram menjeling. “Bagi awak, dua minit tu sekejap aje. Tapi bagi saya, dua minit tu amat berharga. Awak pernah dengar pepatah melayu ni, masa itu emas? Setiap saat yang berdetik di muka bumi ni adalah penting bagi kita semua. Untuk menjadi manusia yang berjaya, kita yang kena kejar masa. Bukannya masa yang mengejar kita. Faham?” Dia mula berkhutbah panjang lebar.           
            “Hmm…” Maira membalas acuh tak acuh. Malas hendak melayan telatah Iqram. Sungguh menjengkelkan hati!
            Iqram menjeling. Geram kerana Maira buat-buat tidak dengar setiap kata-katanya. Aku cakap dengan dia, tapi dia boleh buat derk aje! Argh! bebel hatinya. Lantas, dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah jalan. Lalu, dia kembali memulakan pemanduannya meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat itu.
            Sepanjang perjalanan, dua figura itu hanya diam membisu. Hanya lagu dari corong radio sahaja yang kedengaran.
            Sedang memandu, tiba-tiba perut Iqram berkeriuk tanda lapar. Serentak itu, dia menoleh ke arah gadis comel itu. “Awak dah breakfast ke belum?” soalnya, mematikan keheningan sunyi antara mereka.
            Maira yang sedang mengelamun jauh, terus jadi terpinga-pinga mendengar soalan itu. “Haa… apa dia, bos?”
            Iqram berdecit geram. Dia ni ada masalah sindrom lambat faham ke apa? “Awak dah breakfast ke belum?” ulangnya lagi.
            “Belum!” jawab Maira. Dia menoleh ke arah Iqram. “Kenapa, bos?”
            “Awak temankan saya bersarapan, ya? Saya belum jamah apa-apa lagi dari pagi tadi,” ajak Iqram bersungguh-sungguh. Perutnya yang sudah berkeroncong lagu lapar itu menggesa supaya dirinya mempelawa stafnya itu untuk bersarapan. Kalau dia tidak mengisi perutnya, bimbang pula kalau-kalau penyakit gastrik menyerang. Tidak pasal-pasal mama memarahinya kerana lewat mengambil sarapan pagi.
            “Okey,” Tanpa protes, Maira terus menerima pelawaan itu. Sebetulnya, dia jadi hairan dengan tingkah laku lelaki itu. Erk, tiba-tiba aje ajak aku bersarapan ni. Buang tabiat ke apa? Ah, tak kisahlah! Janji aku dapat makan free! Suka benar dia kerana ada insan yang berhati mulia hendak membelanjanya untuk bersarapan pagi.


-------

“ORDER?” tanya figura seorang pelayan wanita yang sedang memegang pen dan nota kecil. Bersiap sedia untuk mengambil pesanan pelanggannya.
            “Hmm…” Iqram ralit membelek buku menu. “Bagi saya horlick panas dan roti bakar satu set.” Dia menoleh ke arah Maira. “Awak nak makan apa?” tanyanya.
            “Err…” Maira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Saya order macam bos jugaklah.”
            “Betul?”
            Maira mengangguk.
            “Okey,” jawab Iqram. Dia menoleh ke arah figura pelayan perempuan itu. “Saya order menu yang sama untuk dua orang.”
            Sesudah mengambil pesanan, figura pelayan wanita itu berjalan pergi meninggalkan Iqram dan Maira.
            Seminit dua, figura itu muncul semula bersama sebuah dulang berisi dua set roti bakar dan dua gelas horlick panas. Dia meletak hidangan itu ke atas meja.
            “Enjor your breakfast.”
            Iqram menoleh ke arah Maira. “Makanlah.”
            Maira hanya mengangguk. Dia terus menjamah hidangan sarapan paginya dengan penuh berselera sekali.
            Iqram hanya tersenyum. Roti bakar itu diambil, lalu dia menyuap masuk ke dalam mulut.
            Mereka terdiam sejenak.
            Sedang ralit menjamu selera, tiba-tiba kedengaran satu suara menegur mereka. Dua pasang mata itu segera menoleh ke arah figura itu.
            “Hai?” sapa figura itu.


No comments:

Post a Comment