BARU
sahaja
Iqram hendak mendaki tangga untuk ke biliknya, tiba-tiba kedengaran satu suara
menegurnya. Spontan, dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Garis senyum manis
meniti di bibir tatkala melihat figura Erika yang sudah lengkap berpakaian
tidur. Di tangan gadis itu, terdapat satu mug berisi minuman panas.
“Eh,
akak belum tidur lagi ke?” soal Iqram.
“Belum,
dik. Baru aje nak terlelap, tiba-tiba tekak akak ni teringin nak minum horlick
panas,” balas Erika.
“Oh…”
Iqram hanya mengangguk.
“Haa…
lambat Am balik hari ni. Banyak kerja ke kat pejabat tu?” soal Erika ingin
tahu.
Iqram
tersenyum. Lehernya yang terasa sedikit tegang itu, diurut perlahan. “Biasalah,
kak. Dah nama pun kerja kan? Masa nak balik tu, Am pergi…” Ayat Iqram tiba-tiba
mati. Wajah Maira menjengah ke ruang matanya. Teringat tragedi yang menimpa
diri Maira sebentar tadi, membuat dia menggeleng. Kasihan gadis itu kerana
ditimpa nasib malang sebegitu rupa. Namun memikirkan pertengkaran kecil yang
berlaku antara mereka, membuat hatinya bagaikan digeletek rasa geli hati.
Gelagat Maira benar-benar melucukan!
Berkerut
dahi Erika tatkala melihat tingkah laku Iqram. Jauh bebenor menungnya. “Am?”
tegurnya.
Iqram tersentak. “Haa…
akak cakap apa tadi?” Terpinga-pinga dia memandang figura Erika.
Erika
semakin hairan melihat gelagat Iqram. “Kau ni dah kenapa, dik? Akak tengah
bercakap dengan kau, tapi kau boleh melayan perasaan pulak. Ada apa-apa yang
tak kena ke ni, dik?” Dia cuba menyerkap jarang Iqram.
Iqram
menyengih. Tulah, sibuk sangat fikir Miss selamba tu, sampaikan kakak kau
panggil pun, kau tak sedar. Teruk bebenor kau ni, Am, kutuk hatinya. “Tak ada
apa-apalah, kak.” Beria-ia dia membalas kata-kata Erika. Tidak mahu kakaknya
itu menyedari apa sebenarnya yang sedang dia fikirkan sebentar tadi.
Erika hanya menggeleng. Hairan dengan telatah
adiknya itu. “Haa… Am pergi mana tadi?” Sekali lagi dia menyoal.
“Err…”
Iqram menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Teragak-agak hendak berterus
terang dengan kakaknya itu. “Am…”
Terjungkit sebelah
kening Erika. “Am apa?”
Iqram tersenyum payah.
“Am hantar staf Am balik tadi. Kebetulan, kereta dia kena tarik dengan trak
tunda DBKL. Lepas tu, beg tangan dia kena ragut. Am tolong bawak dia pergi
balai polis untuk buat laporan. Then, Am
bawak dia pergi klinik untuk cuci luka,” beritahunya teragak-agak.
“Oh…”
Terangguk-angguk kepala Erika. Memahami penjelasan Iqram. Terdetik sesuatu di
benak fikirannya. Membuat senyum penuh makna terbentuk di bibirnya. “Staf Am tu
lelaki ke perempuan?” serkapnya lagi.
Iqram
terkedu. Erk? “Kenapa akak nak tahu?” Dengan tergagap-gagap, dia menyoal.
Erika
masih senyum penuh makna. “Saja,” balasnya bersahaja.
Iqram
terdiam.
“Haa…
cepat cakap! Staf Am tu lelaki ke perempuan?” desak Erika tidak sabar.
“Err…
perempuan,” jawab Iqram teragak-agak.
Senyum
penuh makna semakin melebar di bibir Erika. “Okey, akak dah faham sekarang!”
Serentak itu, dia berjalan pergi meninggalkan Iqram yang sudah termanggu
sendirian.
Iqram
tercengang. “Haa…” Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Belum sempat dia
hendak bertanya apa sebenarnya yang Erika maksudkan, kakaknya sudah pun
menghilang di sebalik dinding.
Berkerut dahinya, tanda
hairan dengan tingkah laku Erika. “Apa yang kakak aku cakap ni? Apa yang dia
faham?” Dia jadi hairan dengan gelagat Erika. “Ah, lantak dialah! Tak ada
kena-mengena dengan aku pun!” Dia terus mendaki anak tangga untuk ke tingkat
atas.
------
BAGAI
tak
ingat dunia, Maira mengeliat sepuas hati. “Aduh, mengantuknya!” Suara dia
kedengaran serak-serak basah. Bak baru lepas bermarathon karaoke selama 24 jam
tujuh hari. Cis, tak senonoh punya anak dara! Mengeliat tak ingat dunia! Kalau
mak mentua tengok, awal-awal lagi dah kena reject
nak buat calon menantu tau.
Sebelah
matanya dicelikkan, lalu melihat jam loceng di atas meja. Jarum jam sudah pun
berganjak ke pukul 7.10 pagi. Sambil menggosok rambutnya yang serabai bak tidak
bersyampoo selama setahun, dia menguap panjang.
“Hmm…
awal lagi ni. Boleh membuta lagi ni. Wah, syoknya!” kata Maira. Bola matanya
dipejam rapat. Teddy bear yang ada di sebelahnya, segera dipeluk erat.
“No more excuse! Pokoknya, kita akan
sama-sama ke office esok. Tepat pukul 7.30 pagi, saya akan datang ambil awak
kat rumah.” Tidak semena-mena bait-bait ayat umpama kilat menyambar
gegendang telinganya.
Maira
terus menjegil. Mulutnya sudah ternganga luas. “Alamak!” Aduh, macam mana aku
boleh tak ingat benda sepenting ni hah? Kan Mr. singa nak ambil aku tepat pada
pukul 7.30 pagi. Tapi, aku masih berkubang atas katil lagi. Mampus!
Mencicit
dia menuruni katil. Lalu, dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Namun baru
sahaja gayung hendak mencecah ke tubuhnya, tiba-tiba gadis itu diam kaku.
“Aku dah buat
keputusan! Keputusan ni melibatkan hidup dan mati aku! Dari aku mandi tak ingat
dunia, siap berkaraoke jamban lagi, lebih baik aku bersiap terus,” gumam Maira
sendirian. Cepat-cepat dia menyarung baju kurung berwarna merah jambu ke
tubuhnya. Sesudah itu, dia membolos keluar dari bilik air lalu berjalan ke meja
solek.
Bedak
compack berjenama Silky Girl dicapai,
lalu ditepek ke wajahnya. Mukanya yang sedikit kusut masai itu dibelek
seketika. “Ala, muka aku ni dah macam muka pontianak. Ah, tepek bedak lagilah!”
Dia segera menambah bedak compack ke
muka.
Setelah
puas dengan penampilan wajahnya, dia segera mencapai sebotol minyak wangi
berjenama Shurah lalu menyembur ke tubuhnya. Bau harum ketiaknya dicium. “Hmm… butuk matam pulak bau ketiak ni.” Segera
dia menambah lagi semburan minyak wangi ke tubuh.
Sesudah
menyarung tudung ala-ala Fareeda ke kepala, cepat-cepat Maira membolos keluar
dari bilik. Dia menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.
Maira
mengerling sejenak jam berbentuk hati yang tergantung di dinding. “Fuh, nasib
baik baru pukul 7.20 pagi.” Dia menarik nafas lega.
Mak
Uda Harlina yang baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa mangkuk berisi
nasi goreng kampung di tangan, terkejut melihat figura Maira. “Aik, hang dah
bangun, Mai? Hmm… jarang hang bangun awai waktu-waktu ni. Mak uda kena jadi
speaker Utara, baru hang nak bangun. Hang ni buang tabiat ke apa? Awat mak uda
rasa dunia ni macam nak terbalik na?” sindirnya.
Maira
menjeling. “Mak uda tak payah nak perli-perli Mai la! Mai bangun awai ni pun
bersebab tau!” protesnya.
“Haa…
sebab apa?” Mak Uda Harlina menayang muka tercengang.
“Mak
uda dah lupa ke? Kan kereta Mai kena tarik dengan trak tunda DBKL tak guna tu.
Lepas tu, Encik Iqram hantar Mai balik semalam. Haa… pagi ni pulak, dia janji
nak ambil Mai kat rumah. Kami pergi kerja sama-sama,” balas Maira.
Membuntang
mata Mak Uda Harlina mendengar jawapan itu. Dia mempamer senyum penuh makna.
“Amboi, hampa berdua ni ada apa-apa ka?” usiknya. “Kalau hampa berdua bercinta,
mak uda suka! Iqram tu bukan aje kacak, dia baik hati, sopan santun, suka
tolong orang lain dan hormat orang tua.” Dia memuji Iqram tinggi melangit.
“Mak
uda!!!” Merah padam muka Maira mendengar usikan itu. Cis, selamba badak aje mak
uda mengusik aku. Buat malu aku aje tau! “Mai dengan bos? Haa… minta simpang
empat puluh empat malaikat, mak uda. Hisy, tak naklah Mai ada boyfriend macam Mr. singa tu! Garang
macam singa jantan aje tau.”
“Tok sah kata lagu tu,
Mai. Nanti terkena kat batang hidung hang, baru padan dengan muka! Manalah tau,
kot-kot hang berjodoh dengan dia kan,” usik Mak Uda Harlina sambil menjungkit
keningnya berkali-kali.
Ha
ha ha… pandai betul mak uda aku ni buat lawak kan? “Mai dengan Encik Iqram?
Huhh! Dalam mimpi pun, Mai tak ingin tau!” tegas Maira.
Tiba-tiba,
kedengaran bunyi hon kenderaan dari luar. Membuat dua pasang mata itu tertoleh
ke muka pintu.
Maira
mengalihkan wajahnya ke wajah Mak Uda Harlina. “Mai pergi dulu, mak uda. Bos
Mai dah sampai tu.” Dia segera menyalami dan mencium tangan ibu saudaranya itu.
Mak
Uda Harlina mempamer senyum penuh makna. “Hmm… jangan lupa kirim salam kat
bakal menantu mak uda tu na.” Dia mengusik lagi.
“Mak
uda!!!” Maira terjerit kecil. Nasib baiklah Mr. singa tu tak dengar tau. Kalau
tak, alamatnya aku kena tutup muka aku dengan buku bila berdepan dengan dia
nanti, marah hatinya.
Tawa
Mak Uda Harlina terus meledak. Lucu melihat reaksi wajah Maira.
Maira
menjeling. “Hisy! Dahlah, malas Mai nak layan mak uda ni. Mai pergi dululah.
Nanti bos Mai tu bising pula. Assalamualaikum! Bye!” Dia terus berjalan keluar meninggalkan Mak Uda Harlina
sendirian di ruang makan.
No comments:
Post a Comment