SEUSAI
selesai membuat laporan polis dan menerima rawatan di klinik, kini mereka dalam
perjalanan menuju ke rumah Maira. Sepanjang perjalanan, Iqram dan gadis itu
hanya diam membisu seribu bahasa. Tiada sebarang tanda-tanda untuk mereka
bersuara. Entah apa sebab yang membuat mereka sukar untuk memulakan bicara?
Umpama sudah tertelan bertan-tan jongkong emas.
Iqram
mengerling figura Maira di seat sebelah. Dahinya berkerut. Erk, kenapa Miss
selamba ni diam aje? Bukan ke dia suka pot pet pot pet 24 jam mengalahkan mulut
itik?
Kroh!
Kroh! Iqram berpura-pura terbatuk. Sengaja hendak menarik perhatian Maira.
Maira
menjeling pandang figura Iqram. Keningnya terjungkit sebelah. Terbatuk-batuk
macam tertelan skru tu, apahal? Kalau nak tegur tu, tegur ajelah. Bukannya luak
mana pun.
Iqram
jadi geram dengan telatah Maira. Aduh, dia jadi patung cendana pulak! Hisy!
“Maira?” tegurnya.
“Hmm?”
Maira membalas acuh tak acuh.
Iqram
mengukir senyum penuh makna. Terdetik satu idea nakal di benaknya. “Macam mana
rasanya bila kena injection? Sakit
tak bila kena cucuk dengan jarum panjang?” Sengaja dia mengusik gadis itu.
Membuntang
biji mata Maira tatkala mendengar usikan ketuanya. “Bos ni sengaja tipu saya
tadi kan? Naik meremang bulu roma saya, bila terbayangkan jarum sepanjang pembaris
panjang tu tau!” marahnya. Geram pula rasanya apabila mengingati semula
kata-kata Iqram seusai mereka selesai membuat laporan polis berhubung kejadian
ragut itu.
Iqram
tergelak lucu melihat reaksi Maira. “Ala, relaxlah!
Buat apa nak takut? Kena inject aje
pun, bukannya sakit pun?” sindirnya.
Maira
mendengus. “Bos tipu saya tau!” Jari telunjuknya sudah tertuding ke muka Iqram.
“Mana ada kena injection! Cuma kena
cuci luka aje!” bebelnya, geram kerana dipermainkan oleh ketuanya itu.
Terburai
terus tawa Iqram mendengar kata-kata Maira. “Tulah, siapa suruh percaya cakap
saya?” sindirnya.
Maira
tidak membalas, sebaliknya dia menjeling tajam ke arah ketuanya itu. Mukanya
pula sudah masam ala-ala kena simbah dengan selori asam jawa.
“Pasal
kereta awak tu, jangan risau ya. Esok, kita pergi tebus kereta awak tu.
Lagipun, saya ada kenal seorang kawan yang kerja dengan DBKL. Nanti saya mintak
tolong dia. Mungkin kita boleh dapat bayar kompuan dengan harga diskaun,” balas
Iqram bersungguh-sungguh.
Maira
terpempan. “Eh, tak payahlah! Saya tak perlukan pertolongan bos. Lagipun, saya
tak suka menyusahkan orang lain. Saya akan berusaha untuk selesaikan masalah
sendiri,” tolaknya beria-ia.
Iqram
berdecit geram. “Awak ni dah kenapa hah? Saya ni berniat baik nak tolong awak
tau. Tapi, awak boleh pulak menolak pertolongan saya ni? Susah sangat ke nak
terima bantuan orang lain?” Aku berniat ikhlas nak tolong dia. Dia boleh pulak
tayang perangai gedik dia tu? Huhh, hatinya menggumam geram.
Maira
memandang Iqram. “Tapi…” Dia sedaya upaya membantah, namun Iqram segera
memintas.
“Tak
ada tapi-tapi, Maira Qaisarah! Bila saya cakap nak tolong, maknanya saya tetap
akan tolong. Sama ada awak suka ataupun tak, saya tetap akan berkeras untuk
tolong awak juga. Jadi, tolong jangan nak banyak bunyi. Terima aje pertolongan
saya ni!” potong Iqram dengan suara tegas dan muka serius.
Maira
agak keberatan hendak menerima bantuan Iqram. “Tapi…”
“Syhh…”
Iqram meletakkan jari telunjuknya ke bibir. “Diam, saya tak nak dengar sepatah
kata pun dari mulut awak!” potongnya.
“Tapi…”
Maira cuba menghalang, tapi Iqram sekali lagi memotong.
“Shut up, Maira Qaisarah!” potong Iqram
lagi.
Maira
menarik muka cemberut. Bibirnya digigit tanda geram. Sungguh, dia jadi sakit
hati dengan gelagat Iqram. Lelaki itu suka memaksa dia untuk menuruti setiap
kemahuannya. Argh! Dia ingat dia tu siapa? Anak raja ke? Hah, sesuka hati aje
nak guna kuasa veto dia tu. Sekarang bukan dalam pejabat tau! Hatinya membebel
geram.
Akhirnya,
destinasi yang dituju sudah pun berkunjung tiba. Kereta BMW 530i milik Iqram
berhenti di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat.
Iqram
menoleh ke arah Maira. “Kita dah sampai.”
Maira
tersenyum. “Terima kasih sebab hantar saya balik, bos.”
“Sama-sama.”
Iqram membalas ringkas.
Baru
sahaja Maira hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba Iqram menegurnya. Spontan,
dia berpusing memandang figura Iqram. “Ya, bos?”
“Esok,
saya akan datang ambil awak kat rumah. Kita akan sama-sama ke pejabat. Tepat
pukul 7.30 pagi, saya nak awak tercegat kat luar. Ingat, saya tak nak awak
lambat!” Iqram berkata dengan muka serius.
Maira
tersentak. “Haa… bos nak datang ambil saya? Eh, tak payahlah! Bos jangan risau,
ya. Saya boleh pergi kerja sendiri.” Dia ni buang tabiat ke apa? Tiba-tiba aje
nak tolong aku ni… Betul ke dia ni Iqram Fattah? Ke dia ni klon bos aku?
“Awak
jangan nak mengada-ngada, Maira! Awak suka ke… awak tak suka ke… saya tetap
akan ambil awak kat rumah esok. Saya tak nak awak ambil MC atas alasan kereta
kena tarik dengan trak tunda. Faham?” balas Iqram dengan suara tegas.
“Tapi…”
“No more excuse! Pokoknya, kita akan
sama-sama ke office esok. Tepat pukul
7.30 pagi, saya akan datang ambil awak kat rumah.” Iqram segera memotong
sebelum sempat Maira menghabiskan ayatnya.
“Ala…”
“Shut up! Saya tak nak dengar apa-apa
alasan dari awak, Maira!” tegas Iqram lagi.
Maira
mendengus. “Okey!” Dengan hati yang sudah menggelegak umpama air panas, dia
terus membolos keluar dari perut kereta BMW 530i itu. Dia menyusun langkah
memasuki perkarangan rumahnya.
Pagar
dibuka, lalu dia membolos masuk ke dalam. Seusai masuk, dia memusingkan
tubuhnya, bersedia untuk memulakan langkah. Namun ada satu sebab yang
membuatkan dia membantutkan niatnya untuk masuk. “Ni kalau mak uda nampak aku,
memang terus berdesing telinga aku kena dengar ceramah dia. Aduh, boleh pecah
gegendang telinga aku ni tau!”
Iqram
yang baru sahaja hendak memulakan pemanduan, mengerling sekilas figura Maira
yang masih tercegat di pintu pagar. Berkerut dahinya melihat tingkah laku gadis
itu. Lantas, dia menurunkan cermin kereta dan memanggil gadis itu. “Maira!”
Maira
tersentak. Spontan, dia memusingkan tubuhnya menghadap figura Iqram. “Eh,
kenapa bos belum balik lagi?”
Enjen
kereta dimatikan, lalu Iqram membolos keluar dari perut kereta. Langkah dihayun
menuju ke arah pagar. “Kenapa awak belum masuk dalam lagi? Pergilah masuk
dalam, hari dah malam,” soalnya kehairanan.
Maira
mengukir senyum hambar. “Saya…”
Seperti
mampu membaca apa yang sedang bersarang di benak Maira, Iqram menyoal, “Awak
takut kalau famili awak marah bila balik lambat?” duganya.
Maira
mengangguk perlahan.
Iqram
tersenyum. “Jom kita masuk! Saya akan terangkan apa yang dah berlaku pada
famili awak.” Lantas, dia membuka pagar lalu membolos masuk ke dalam.
“Eh,
bos nak buat apa ni?” Maira tergamam dengan tindakan melulu Iqram. Berusaha dia
menghalang, namun Iqram sudah pun masuk ke kawasan rumahnya.
“Jomlah
cepat! Famili awak mesti dah tertunggu-tunggu kepulangan awak tu!” Iqram segera
menarik tangan Maira.
---------
“APA, kereta hang kena tarik dengan trak
tunda DBKL, Mai?” Dek terkejut dengan berita yang baru sahaja disampaikan oleh
Iqram, Mak Uda Harlina meninggikan nada suaranya tanpa sedar.
Encik
Azmil dan Puan Fadilah juga turut terkejut dengan berita itu. Spontan, mereka
menoleh memandang figura Maira yang sedang duduk di sebelah Iqram.
“Pasaipa
kereta hang kena tunda, Mai? Hang buat salah apa ni?” soal Encik Azmil ingin
tahu.
Maira
mengukir senyum hambar. Dia menoleh ke arah Iqram. Rasa geram bercampur marah
pada ketuanya itu kerana memasukcampur urusannya. Benci! Kemudian, dia
mengalihkan mukanya ke arah figura orang tuanya. “Mai parkir kereta Mai tu kat
tepi jalan besar, depan dengan ofis Mai, bah, mak, mak uda,” jawabnya perlahan.
Tergeleng-geleng
kepala Puan Fadilah apabila mendengar penjelasan Maira. “Yang hang pi parkir
kat situ, pasaipa? Tak pasal-pasal kereta hang tu dah kena tunda,” bebelnya,
geram dengan tingkah laku Maira yang sesuka hati bertindak tanpa memikirkan
impaknya terlebih dahulu.
Maira
menarik muka cemberut. Geram kerana dimarahi di hadapan Iqram. “Mai dah lambat!
Sebab tulah Mai parkir kereta Mai kat situ. Manalah Mai tahu, kereta tu nak
kena tunda!” Sedaya upaya dia cuba membela dirinya. Tidak mahu kesalahan
seratus-peratus diletakkan di pundaknya.
Mak
Uda Harlina mencemik muka. “Aku dah suruh hang kunci jam tu awal sikit, tapi
hang tak mau dengaq! Bebal sangat! Padan muka dengan hang ajelah!” Kedengaran
begitu sinis sekali nadanya melemparkan kata-kata sinis buat Maira.
“Mai…”
Belum
sempat Maira menghabiskan bicara, terlebih dahulu sudah dipotong oleh Iqram.
“Sudahlah tu, pak cik, mak cik,” celahnya dengan nada lembut. “Kita pun dah tak
boleh nak buat apa lagi. Perkara dah berlaku. Janganlah terus marah Maira lagi.
Kalau saya berada di tempat dia, saya juga akan buat benda yang sama.” Dia
membela Maira.
Maira
mencebik apabila mendengar kata-kata Iqram. Eleh, nak bela-bela aku konon? Tak
payah nak tayang perangai baik kau tu depan famili akulah! Sebab kau, aku
ditimpa nasib malang macam ni tau! Hatinya mengutuk maha hebat.
Encik
Azmil mengeluh. “Pak cik bukan apa, pak cik ni geram dengan si Mai ni, Encik
Iqram. Dah berbuih mulut kami ni nasihatkan dia, tapi lagu tulah jugak jadinya.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” keluhnya.
Iqram
tersenyum. “Biasalah, pak cik,” Dia melemparkan senyum sinis buat Maira. “Budak
belum matang lagi,” kutuknya.
Terjegil
biji mata Maira. Erk, dia kutuk aku? Memang nak kena belasah ni!
“Memang
belum matang pun!” Mak Uda Harlina mencelah. Menyokong seratus-peratus
kata-kata Iqram.
Maira
merengus. Terasa berkepul-kepul asap sudah bertebaran keluar dari atas
kepalanya. Nilah jadinya bila empat kepala bergabung untuk serang satu kepala!
Benci!!! Gumam hatinya geram.
“Saya
balik dulu, pak cik, mak cik. Hari pun dah lewat malam ni,” Kelihatan Iqram
bangun. “Saya dah bawak Maira pergi klinik untuk cuci luka dia. Saya minta
tolong mak cik untuk pantau dia makan ubat. Bukan apa, saya takut kalau-kalau
dia tak makan ubat yang doktor bagi tu. Takut lambat baik aje.” Sempat lagi dia
menitipkan pesanan khidmat masyarakat pada famili Maira.
Maira
terkesima. Erk, dia ni memang sengaja nak pecah lubang tau! Aku dahlah tak nak
dia orang tahu yang aku kena ragut. Aduh, dia nilah… Hatinya memakihamun Iqram
maha hebat. Geram dengan tindakan Iqram yang pandai-pandai memecahkan rahsianya
itu.
Puan
Fadilah terkesima. “Awat pulak hang bawak dia pi klinik?” soalnya dengan muka
tercengang.
“Mai…”
Namun
belum sempat Maira hendak membalas, sekali lagi Iqram memotong. “Beg tangan
Maira kena ragut tadi. Habis semua harta karun dia hilang.” Sengaja ditekankan
perkataan ‘harta karun’ di hadapan Maira. Hendak menyindir gadis itu.
Maira
menggenggam buku lima tanda geram. Ada jugak yang kena penumbuk aku ni!
Membuntang
mata Mak Uda Harlina apabila mendengar kata-kata Iqram. “Hang kena ragut ke,
Mai?”
No comments:
Post a Comment