ARAHAN
umpama petir berdentum menyambar dada langit itu masih tersemat di kotak
fikiran Maira. Sungguh, dia tidak puas hati dengan tindakan ketuanya. Denda itu
adalah satu denda yang tidak logik! “Hisy, aku belum pernah jumpa bos sekejam
Mr. singa tu. Nak pergi makan tengah hari pun, tak boleh ke? Apa, tak tahu ke
perut aku ni tengah berdendang lagu lapar?”
Hidayah
yang kebetulan melalui meja Maira, terhenti sejenak di situ. “Mai?” tegurnya.
“Hmm?”
balas Maira dengan senyuman hambar.
“Kau
tak keluar makan tengah hari ke, Mai? Bukan ke selama ni, kau manusia pertama
yang keluar dari pejabat bila tiba waktu makan tengah hari? Tapi hari ni, kau
masih bertelaku di meja? Dunia ni dah jadi terbalik ke apa?” tanya Hidayah
dengan muka hairan.
Maira
menjeling geram. “Kau ni apahal? Nak menyindir akulah tu!” bentaknya tiba-tiba.
Hidayah
tercengang. “Bila masa pula aku nak menyindir kau? Apa yang kau merepek ni,
Mai?” balasnya dengan muka terpinga-pinga.
“Tolong
jangan tanya soalan sengal macam tu, boleh tak? Hati aku ni tengah menggelengak
marah dengan Mr. singa tu tau! Janganlah tambah lagi!” herdik Maira bengang.
Hidayah
semakin hairan. “Kenapa pula? Dia buat apa kat kau?” tanyanya ingin tahu.
Maira
menarik muncung panjang. “Kau tahu tak, dia tak benarkan aku keluar makan
tengah hari,” rengeknya bagaikan anak kecil.
Ternganga
mulut Hidayah. Berkerut-kerut dahinya tanda hairan. “Laa… kenapa pula?”
“Haa…”
Tiba-tiba Maira menghentak meja. Nafasnya mula tercungap-cungap. “Ni yang buat
aku sakit hati! Sebab aku lewat ke tempat kerja dan melawan cakap dia, dia
kenakan denda macam tu pada aku. Alasan yang paling sengal pernah aku dengar
tau!” balasnya geram. Hidayah tergelak. Geli hati
dengan alasan itu. “Laa… ya ke? Kartun betul alasan Mr. singa tu ya.”
Maira
terlongo. “Yang kau ketawakan aku tu, kenapa? Hati aku ni tengah sakit tau!”
bentaknya.
Hidayah
mempamer senyum sinis. “Padan dengan muka kau! Tulah, siapa suruh datang lambat
dan cari penyakit dengan Mr. singa? Kan dah kena! Sendiri buat, sendiri
tanggunglah!” herdiknya dengan muka selamba.
“Dayah!”
bentak Maira. “Kau pun sama macam Mr. singa! Dua kali lima aje!” Dia memprotes.
“Tak
betul ke apa yang aku cakap ni? Kau kan dah tahu betapa ‘singa’nya Encik Iqram,
tapi kau buat jugak. Jawabnya, padan dengan muka ajelah!” Sekali lagi Hidayah
menyindir.
Maira
mendengus geram. “Jahatlah kau ni, Dayah! Kau sepatutnya berada di pihak aku,
bukannya menyokong dia!” bentaknya dengan muka tidak puas hati.
“Ada
aku kisah?” sindir Hidayah dengan muka selamba badak. Meletus tawanya dek geli
hati dengan gelagat Maira. Sungguh mencuit hati!
Maira
membuntang mata. “Dayah!”
Hidayah
terus-terus mentertawakan Maira.
Maira
menggigit bawah bibirnya tanda geram. Hisy, dia siap ketawakan aku lagi. Tak
guna punya kawan, hampeh! Memang nak kena penendang maut ni! Argh! bebel
hatinya semakin bengang.
“Dahlah,
malas aku nak layan kau! Aku nak keluar makan ni. Haa… kau nak tapau apa-apa
tak? Kesian pulak aku kat kau. Karang, tak pasal-pasal jadi kebulur tahap
maksimum pulak.” Sempat lagi Hidayah menyindir kawan baiknya itu.
Maira
menoleh ke tempat lain, tanda protes. “Tak nak!”
Sebelah
kening Hidayah terjungkit ke atas. “Betul ni? Kalau kau kebulur, aku tak
tanggung!” Sekali lagi dia mengoffer
kawan baiknya itu.
“Tak
nak!”
“Tak
nak, sudah! Hah, menyampah!” balas Hidayah bersama cebikan di bibir, sekali gus
berjalan pergi meninggalkan Maira sendirian di mejanya.
Kriukk!!!
Tidak semena-mena, perutnya berkeriuk lagu lapar. Serta-merta dia memegang
perutnya. “Aduh, laparnya!” rengeknya. Dia berdecit. “Tulah… tadi Dayah offer, kau jual mahal. Tengok, dia dah
pergi! Padan dengan muka kau, Maira Qaisarah!” omelnya, memarahi kesalahan
dirinya. Argh!
SEBAIK sahaja Iqram tiba di bahagian
operasi, langkahnya terus mati. Figura Maira diintai melalui tepi dinding.
Gadis comel itu kelihatan sedang termenung jauh, bak sedang meramal masa
hadapan. Dia tersenyum sinis. “Boleh pun
kau ikut arahan aku ya?”
Serentak
itu, dia berjalan menuju ke meja Maira. Lalu, dia berdehem kecil. “Seronok ke
kena tinggal seorang diri?” sindirnya, mempamer muka serius di hadapan Maira.
Mendengar
suara itu, Maira terus melompat berdiri. Apa lagi? Sesi melatah pun bermula.
“Oii, kau ahli sihir hot!” latahnya
tanpa sedar.
Buntang
biji mata Iqram mendengar kata-kata itu. “Saya,” Jari telunjuknya tertuding ke
mukanya. “Ahli sihir?” Dia mendengus geram. Argh! Sakit hatinya mendengar
tuduhan itu. Hah, memang tak patut! Ada juga yang kena blander jadi ice blanded
ni!
Maira
terus menekup mulutnya. Pucat lesi wajahnya apabila menyedari ketelanjuran
diri. Alamak, matilah aku! Aku terlepas cakap lagi. Aduh, nak buat apa ni?
Gerenti Mr. singa bertukar menjadi hantu pontianak. Siap keluarkan
berkepul-kepul asap atas kepala lagi, ngomel hatinya resah.
“Sedap
aje mulut awak tu kutuk saya kan? Dahlah lewat ke tempat kerja, siap boleh
lawan cakap saya lagi. Lepas tu, awak cakap muka saya ni macam muka Donald
Duck. Sekarang, awak cakap saya ni ahli sihir?” Iqram mula membebel.
Maira
menyengih, menayang barisan giginya yang putih berkilat itu. “Err…” Aduh,
matilah aku! Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Iqram
merenung marah wajah comel Maira. “Apa err-err? Sejak bila pulak awak jadi
minah gagap ni? Terjangkit dengan siapa?” sindirnya geram. “Haa lagi satu,
kepala awak tu ada kutu ke? Tergaru-garu,” tambahnya lagi.
Mata
Maira terus membulat besar apabila mendengar perkataan ‘kutu’. Aku ada kutu?
Ewah-ewah, sesuka hati kau aje tuduh aku macam tu, ya? Kepala aku ni bersih
dari sebarang anasir jahat tau! Argh, rasa macam nak ketuk kepala kau dengan
batu aje! Tapi tak apa, sabar Maira. Dia kan bos kau a.k.a Mr. singa. Jangan
melawan, okey. Nanti tak pasal-pasal dia tambah denda lagi. Kau juga yang
merana, pujuk hatinya.
“Saya
minta maaf, bos. Saya betul-betul tak sengaja,” ucap Maira dengan muka babyfacenya.
Sebelah kening
Iqram terjungkit ke atas. “Tak sengaja? Awak ni memang banyak cekadak kan? Suka
hati awak aje nak kutuk saya. Kalau awak ni kecil macam semut, memang dah lama
saya pijak awak. Baru puas hati saya!”
“Eh,
tak baik pijak semut tau. Tu namanya menyeksa haiwan. Hukumnya berdosa,” sindir
Maira.
Iqram
terus terdiam. Mati kutu hendak membalas sindiran Maira. Erk, kan dah kena
sebijik.
Maira
merenung wajah Iqram. “Bos?” seru Iqram, sungguh lembut suaranya menyapa
gegendang telinga Iqram.
“Hmm?”
Maira
menayang muka babyface. Sengaja
hendak meraih simpati majikannya. “Bos, saya laparlah! Dari tadi perut saya ni
berdendang lagu lapar tau,” rengeknya.
“So?” balas Iqram sambil sebelah
keningnya terjungkit ke atas.
“Bos
tak rasa kasihan pada saya ke? Kawan-kawan saya yang lain dah pergi lunch. Tinggal saya seorang aje kat office,” balas Maira bersungguh-sungguh.
Sedaya upaya cuba memujuk Iqram agar melupakan sahaja denda yang dikenakan ke
atas dirinya.
Iqram
tersenyum sinis. “So?”
Aduh!
Dia ni, buat-buat tak faham pulak! Aku hentak sekali, naya aje! bentak hati
Maira geram.
Iqram
merenung wajah Maira. “Cuba awak berterus-terang pada saya, Maira. Awak nak apa
sebenarnya?” Sebetulnya, dia sudah tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Maira.
Namun, dia mahu mendengarnya daripada mulut gadis itu sendiri. Dia ada satu
idea nakal. Dia mahu mengenakan gadis itu. Tu dia… tanduk jahat dah tumbuh atas
kepala. Siap kau! Hatinya tergelak jahat.
Maira
mempamer senyum manis. Memancing simpati majikannya. “Boleh saya keluar pergi
beli makan? Saya janji, saya tak akan makan kat luar. Saya beli nasi bungkus
aje. Saya makan kat pantry. Boleh ya,
bos?” pinta Maira bersungguh-sungguh. Tangan kirinya ditautkan ke tangan kanan,
lalu dia menggoyangkan tangannya umpama menyambut perayaan Gong Xi Fa Cai di
hadapan Iqram.
Iqram
tersenyum jahat. Terbit satu idea nakal di benak fikiran. He he he… siap kau!
“Awak lapar, ya?” tanyanya.
Maira
mengangguk laju.
“Awak
belum bersarapan ke?” Sekali lagi Iqram menyoal. Seolah-olah mengambil berat
akan kesihatan diri stafnya itu.
Sekali
lagi Maira mengangguk laju.
Kening
Iqram terjungkit sebelah. “Hmm… okey!” jawabnya ringkas. Membiarkan Maira
berteka-teki dengan keputusannya.
Maira
tercengang. “Okey? Maksudnya, saya boleh keluar, ya?” tanya Maira. Ada peluang
nak keluar ni!
Iqram
tergelak sinis. “Saya ada keluarkan kenyataan macam tu ke?” sindir Iqram dengan
muka selamba.
Maira
terlopong. “Habis tu, tadi…”
Iqram
ketawa lagi. Sengaja hendak menyindir Maira. “Saya cuma rasa kasihan kat awak
aje. Yalah, awak kan belum bersarapan lagi. Tapi…” Dia tersenyum jahat.
“Tapi
apa?” Cepat-cepat Maira menyoal.
“Sebab
awak dah kutuk saya, jadi saya pun tarik balik rasa kasihan tu. Awak tetap
dilarang keluar makan tengah hari pada hari ni,” balasnya lalu ketawa besar.
Dengan selamba badaknya, dia berjalan pergi meninggalkan gadis itu sendirian.
Hatinya betul-betul puas kerana berjaya mengenakan gadis itu.
Bulat
biji mata Maira mendengar omongan itu. Dia nilah, memang nak kena side kick ni! Tak guna punya manusia,
benci!
No comments:
Post a Comment